Wednesday, March 30, 2011

Spiderman Beraksi Lagi!! Kali ini Di Burj Dubai

Baru sebentar tadi aku menonton berita dan aku tertarik pada satu berita di mana mengatakan  bahawa 'Spiderman' memanjat bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Dubai. Nak tahu berapa tinggi Burj Dubai dan bangunan tertinggi di dunia selain Burj Dubai?? Klik Sini

Aksi beliau ketika memanjat Burj Khalifa Dubai


Nama sebenar 'Spiderman' ini ialah Alain Robert dan berasal dari Perancis. Beliau yang berumur 48 tahun itu telah berjaya menamatkan misi beliau dengan mengambil masa selama 6 jam. Tidak seperti di bangunan lain, kali ini Robert telah mendapat kebenaran untuk memanjat bagunan tersebut dan segala persiapan dari segi keselamatan telah disediakan. Baginya, segala persediaan itu telah membuatkan beliau semakin gemuruh. Untuk pengetahuan umum, Robert juga pernah memanjat Menara Berkembar KLCC. Tahniah diucapkan kepada beliau. Untuk laporan lanjut sila layari Berita Harian.

No comments:

Post a Comment