Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Aku ingin meminta maaf zahir dan batin jika aku ada terbuat silap dan salah sama ada sengaja atau tidak disengajakan.Sebagai manusia, aku tak lari dari membuat kesilapan. Tetapi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang telah memberi peluang kepada semua umat manusia untuk bertaubat. Tambahan lagi, di bulan syawal yang berkunjung tiba, sudah menjadi kebiasaanya, kita akan selalu maaf memaafkan sesama manusia. Tetapi perlu diingat, meminta maaf bikanlah hanya berlaku di bulan syawal, tetapi haruslah berterusan sepanjang tahun ini kerana manusia selalu melakukan kesalahan. 

Hari Raya disambut dalam bulan Syawal sebagai hari kemenangan kepada semua umat Islam yang telah pun berjaya menjalani segala ujian di bulan Ramadhan dengan tabah dan istiqamah melakukan ibadah kepada Allah SWT. 

Tetapi, apa yang lebih penting sempena tibanya bulan syawal ialah keampunan dari Allah SWT. Selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan, adakah Allah akan mengampunkan segala dosa yang kita lakukan? Ini semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Jika banyak amalan kita lakukan, inshallah Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkan segala dosa kita. 

Akhir sekali, sudah tentu kita semua akan tertunggu-tunggu Ramadhan tahun hadapan berkunjung tiba untuk sekali lagi merebut peluang untuk meningkatkan amalan kepada Allah. Inshallah, didoakan semoga kita semua dipanjangkan umur kita untuk sekali lagi bertemu dengan bulan Ramadhan.