Wednesday, March 9, 2011

Malaysia 0-0 Pakistan (agregat 2-0)

Malaysia hari ini melangkah ke pusingan kedua pra-kelayakan olimpik selepas seri tanpa jaringan di Lahore, Pakistan pada perlawanan timbal balik awal pagi tadi waktu Malaysia. Malaysia yang sebelum itu telah menewaskan Pakistan dengan keputusan 2-0 di Shah Alam. Dengan keputusan ini, Malaysia semakin menghampiri sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik London 2012.

Walaupun para peminat Malaysia hampa kerana tidak dapat menyaksikan perlawana tersebut secara langsung di kaca televisyen, namun semangat mereka dapat dilihat di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan tidak ketinggalan di blog-blog. Semangat seperti ini harus dikekalkan walaupun pasukan Malaysia menghadapi kekalahan. 



Diharap selepas ini pasukan Malaysia terus mendapat kejayaan dalam misi untuk layak ke Sukan Olimpik 2012. Dalam pada itu, diharap masalah seperti yang berlaku semalam yang menyebabkan tiada siaran langsung di televisyen tidak berulang lagi.

No comments:

Post a Comment