Tuesday, May 6, 2014

Apa Itu Hudud


Hudud adalah kata jamak daripada perkataan Had yang bermaksud mencegah, menyekat atau halangan. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Hudud untuk mencegah dan mendidik.


Jenis Jenayah Hudud


  1. Berzina
  2. Qazaf
  3. Minum arak
  4. Mencuri
  5. Merompak dam menyamun
  6. Memberontak
  7. Murtad

Untuk menjatuhkan hukum hudud kepada pesalah jenayah tersebut bukanlah mudah. Islam juga menetapkan syarat-syarat yang ketat sebelum sesuatu hukuman tersebut dijatuhkan. Ini menunjukan bahawa Islam agama yang sempurna, adil dan sesuai untuk semua kaum. 

Siapa kita untuk mengatakan hudud tak sesuai di Malaysia atas alasan berbilang kaum. Kita perlu sedar bahawa Allah yang mencipta seluruh manusia. Jadi Allah tahu apa yang terbaik untuk manusia. Ada juga yang menentang perlaksanaan hudud ini kerana sebenarnya mereka masih jahil dan tak faham apa hudud itu sebenarnya. Ada juga mengatakan hudud ini primitif dan kejam amatlah menyedihkan. Apakah kita lebih bijak untuk menghina hukum Allah ini?? Sudah tentu tidak!! Siapa kita nak kata " No to Hudud"

Hudud ialah hukuman yang diturunkan oleh Allah, Tuhan Sekalian Alam untuk manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini tidak lain untuk memakmurkan bumi ini. 

Sebagai manusia, kita wajib taat kepada segala perintah Allah yang terdapat dan al-Quran dan As Sunnah. Kita tidak boleh memilih untuk melakukan atau tidak mengikut hawa nafsu berkenaan hukum dan peraturan Allah. Sebagai mana kita patuh dengan kewajipan kita untuk melakukan ibadah puasa, menutup aurat dan sebagainya, kita juga wajib melaksanakan hudud di sebuah negara yang mengaku Negara Islam. 

Kewajipan melaksanakan hukum Hudud ini adalah berpaksi kepada prinsip perundangan Islam untuk memelihara :

a] Agama : melalui undang - undang murtad
b] Nyawa : melalui undang - undang qisas
c] Aqal : melalui undang - undang arak dan minuman yang memabukan
d] Keturunan : melalui undang - undang zina
e] Harta benda : melalui undang - undang curi dan rompak.

Ingatlah dan insafi penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui al Quran:

1. Surah al Ahzab ayat ke  36 yang bermaksud :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

2. Surah al Maaidah, ayat 49 yang bermaksud :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Surah an Nisa' ayat 56.
  
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

4. Surah al A'araf ayat 40 - 41.

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Surah an Nisa' ayat 105 

"Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat"

6. Surah at Taubah ayat 63 :

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar"

Daripada ayat-ayat di atas, maka jelaslah kita sebagai manusia yang hina yang mengaku kita sebagai hamba Allah wajib melakukan segala apa yang telah ditetapkan Allah. Jika selama ini kita boleh menerima undang-undang yang dicipta oleh manusia dari British, masakan tidak kita menerima hukum hakam Allah yang wajib kita taati. 


KEPADA ORANG BUKAN ISLAM, JANGAN RISAU SEBAB HUDUD HANYA WAJIB DIKENAKAN PADA ORANG ISLAM SAHAJA. SESUNGGUHNYA HUDUD ITU ADIL DAN SAKSAMA. HANYA MEREKA YANG BERSALAH TAKUT HUDUD. 



Sunday, May 4, 2014

Produk Shaklee


Shaklee membekalkan suplemen untuk kita menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Shaklee terbukti Selamat, Berkesan dan Mesra Alam. Tapi yang paling penting bagi umat Islam semestinya HALAL. 

Antara suplemen kesihatan badan yang sering diambil ialah:



1. ESP (Soy Protein Isolated Powder)
-  Protein bukan-GMO yang lengkap dengan semua amino asid. Ianya rendah lemak dan bebas kolestrol. Merupakan sumber yang baik untuk protein kepada badan

2. Alfalfa Complex
- Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa). Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

3. Vita-E Complex
- Vitamin E asli dari minyak sayuran, anti-oksidan dan menghalang kerosakan sel. Dapat mengurangkan risiko sakit jantung

4. Vita-C Plus
- Membantu menyokong tulang, gigi dan gusi. Anti-oksidan semulajadi. 

Zaman sekarang ramai mahukan kulit yang cantik. Jadi bolehlah ambil suplemen seperti vita-E, B-Complex, dan Vita-C.

Jika anda berminat boleh wassap  @0137159805 atau layari Facebook Fabulous Shaklee untuk produk yang lain seperti B-Complex, GLA Complex.