Wednesday, November 28, 2012

Malaysia Vs Laos: AFF Suzuki Cup 2012 (Result)

Pasukan Malaysia akhirnya bangkit dr kekalahn dgn Singapore setelah menewaskan Laos pada perlawanan kedua dgn 4-1. Namun, sebelum itu, pasukan Malaysia terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk bangkit setelah hanya terikat 1-1 dgn Laos pada masa pertama. Pada separuh masa  kedua, Malaysia menunjukkan corak serangan betubi-tubi ke arah kubu pihak lawan sehingga memperoleh 3 gol dlm 20 minit terakhir perlawanan dan akhirnya menang dgn bergaya.



Tekadkan sokongan untuk terus menyokong dan berdoa supaya pasukan Malaysia akan berjaya memenangi perlawanan seterusnya dgn Indonesia. Semoga pasukan Negara dpt layak ke pusingan seterusnya sekali gus menjulang Piala AFF buat kali ke-3 berturut-turut. 
 #TeamHarimauMalaya  #SelamanyaHarimauMalaya  #TanahTumpahnyaDarahku

Sunday, November 25, 2012

Malaysia vs Singapore: AFF Suzuki Cup 2012 (Result)

Singapore berjaya mengalahkan juara bertahan AFF Cup, Malaysia dgn keputusan yg agak besar, 0-3. Singapore berjaya mendapatkan 2 gol pada separuh masa pertama sebelum pemain gantian, Duric menambah derita Malaysia pada separuh masa kedua.

Jika diamati, kesemua gol dibolosi Malaysia adalah gol yg agak mudah. Kelemahan benteng dan kesilapan Apek menyebabkan pasukan Malaysia dimalukan di lama sendiri. 

Satu je harapan rakyat Malaysia, perubahan perlu dilakukan. Demi maruah pasukan dan negara. Rajagobal perlu lebih bersungguh-sungguh dlm menghadapi piala ini. Kalau tidak kemungkinan, rakyat akan mendesak supaya ditukar. FAM juga perlukan rombakan besar-besaran demi memajukan bola sepak negara.

Friday, November 23, 2012

Golden Disk Awards In Malaysia

Baru-baru ini telah menjadi hangat bahawa 'Golden Disk Awards' (GDA) atau juga dikenali sbg Korean Grammy Awards edisi ke 27th akan dilangsungkan di Malaysia. Anugerah yang dilangsungkan sejak 1986 ini merupakan antara anugerah yang terbesar bagi industri muzik Korea selain MAMA. GDA berkemungkinan akan dilangsungkan pada Januari 2013. Harga tiket adalah RM 688 dan RM 999 untuk dua hari bertempat di Sepang F1 Circuit, Malaysia.

Berita mengenai GDA ini menjadi hangat dan trending di Twitter. Antara yang sering update pasal GDA ini ialah dari hallyu malaysia dan dari SG K-Wave




Manakala MC untuk GDA di Malaysia juga telah diumumkan iaitu Dasom dai group SISTAR. Berikut adalah beberapa link berkenaan GDA di Malaysia 2013. enews.mnet.com dan my.entertainment.yahoo.com. Official announcement dijangka diumumkan tak lama lagi.

Bagi fans K-Pop di Malaysia pastinya tak akan melepaskan peluang kali ini untuk bertemu artis popular dari Korea Selatan. 

Tuesday, November 20, 2012

Keputusan Malaysia VS Bangladesh

Nampaknya, badi seri pasukan Malaysia berterusan setelah hanya seri menentang pasukan yang lebih lemah dari Malaysia. Pasukan Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Bangladesh dan ini menambah kerisauan dalam kalangan fans Malaysia. 

Sebelum itu, Malaysia berjaya mendahului Bangladesh pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Bangladesh terpaksa bermain 10 orang selepas salah seorang pemainnya dilayangkan kad kuning kedua. Namun, akibat kelekaan pemain Malaysia yang membuat kesilapan dlm kotak penalti, Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan penalti. 

Nampaknya, harapan untuk menjurai Piala AFF semakin kabur dan perubahan drastik harus dilakuakan oleh Rajagobal untuk mengembalikan maruah dan sokongan terhadap pasukan Malaysia..

Thursday, November 8, 2012

Super Junior M di Malaysia 2012

Akhirnya harapan fan Super Junior di Malaysia atau lebih dikenali sebagai ELF menjadi kenyataan apabila diberitakan bahawa mereka akan kembali ke Malaysia di '2012 Asia Super Showcase in Malaysia'. Event ini akan berlangsung pada 11th Disember 2012 di Kenanga Wholesale City, Level 15, bermula pada pukul 8.00 p.m. 

Super Junior M akan berada di Malaysia bersama dengan Exo-M dan BTOB akan menggegarkan Malaysia sekali gus akan menambah senarai artis dari Korea ke Malaysia. Segala maklumat lanjut berkenaan dengan tiket atau sebagainya pada laman web Marctensia ini. Untuk update terkini bolehlah lihat di Facebook atau Twitter rasmi Marctensia
Sekian...
Credit : Marctensia

Menunggu Result

Debaran semakin dirasai. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 a.m. Ketika kawan2 telah pon mengetahui result mereka. Aku masih lagi menunggu e-mail di hantar ke dalam inbox aku. Setelah beberapa kali refresh, namun masih lagi tak dapat keputusan final exam aku untuk sem yg ke 3. Aku hanya mampu berdoa supaya diberikan result yang terbaik setelah berusaha yang terbaik untuk semester kali ini. 

Aku hanya redha dan tawakal kpd Allah supaya result kali ini tak mengecewakan aku dan harapan ibu-bapa aku. Aku berjanji akan berusaha dgn lebih baik di semester yg ke-4. Semoga impian aku untuk mendapat dekan paling kurang satu semester untuk diploma kali ini tercapai..