Thursday, March 24, 2011

Pilihanraya Negeri Sarawak

Negara ini sekali lagi menyaksikan satu pilihan raya akan berlangsung. Tetapi kali ini bukan kerana kematian atau perletakkan jawatan mana-mana ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Pilihan raya yang dimaksudkan ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-10. 


Isnin lalu, Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar telah membubarkan DUN Sarawak bagi memberi laluan kepada satu Pilihan Raya Negeri yang baru. Pilihan Raya Negeri Sarawak perlu diadakan kerana tempoh penggal DUN tersebut bakal berakhir pada Julai ini. 


Dalam pada itu, SPR telah pun bermesyuarat pada Rabu lepas yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan telah memutuskan akan mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011. Manakala tarikh penamaan calon pada 6 April 2011. Ini bermakna tempoh berkempan bagi PRN Sarawak selama 10 hari.

Selain itu, Ketua Menteri Sarawak berkata bahawa beliau amat yakin yang BN sekali lagi dapat mengekalkan kekuasaan di Negeri Sarawak dan memperoleh majoriti dua pertiga. Pada PRN Sarawak lalu, BN memenangi 63 daripada 71 kerusi DUN. Manakala Pakatan Rakyat menguasai 7 kerusi dan wakil bebas, Parti Cinta Malaysia 1 kerusi. 

Pembahagian kerusi mengikut parti


No comments:

Post a Comment