Monday, January 31, 2011

Harga Minyak

Sudah disahkan bahawa kerajaan telah menaikkan hargan minyak RON97 sebanyak10 sen pada hari ini.  Kenaikkan harga minyak diumumkan sehari selapas keputusan PRK Tenang yg telah dimenangi oleh parti pemerintah. Adakah ini cara untuk meraikan kemenangan mereka dlm PRK Tenang?? Sudah semestinya tidak!! Rakyat kini tertanya-tanya adakah kerajaan sengaja menaikkan harga minyak ini atau kerajaan memang terpaksa untuk menaikkannya.

Dengan kenaikkan ini ditakuti akan turut menaikkan harga barang di pasaran. Rakyat semakin hari ditekan akibat kenaikkan harga barangan. Akibatnya,kuasa beli rakyat di negara ini akan berkurang dan seterusnya membantutkan usaha kerajaan untuk menjadikan rakyat di negara ini berpendapatan tinggi. Kerajaan seharusnya mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat dgn melakukan pelbagai cara yg efektif utk membantu rakyat seiring dgn slogan 1 Malaysia Rakyat Didahulukan.
 
Janganlah kerajaan hanya diam membisu dan biarkan rakyat terus menderita akibat kenaikkan harga komoditi utama negara itu dan hanya turun membantu rakyat jika hanya ada pilihan raya sahaja. 

Saya menulis blog ini bukanlah mengutuk mana-mana pihak tp hanya meluahkan perasaan dan pandangan sahaja. Harap mana-mana pihak tidak tersinggung.

Assalamualaikum...

Pengalaman pertama menulis Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pertama kali menulis blog rasa agak janggal dan mungkin susunan ayat agak berterabur.Aku buat blog ni bukan apa,saja ingin berkogsi segala pengalaman dan pandangan kpd umum.Blog aku mungkin nampak mcm membosankan.Tp Inshallah aku akn cuba men'upgrade' dan 'update' blog ni dari masa-kesemasa.

Diakui memang aku perlu tunjuk ajar dan nasihat drpd para blogger yg lain untuk meningkatkan mutu blog aku ni.hrp korang dpt membantu aku.(pergh..ayt skema dr atas)..Nampaknya sampai di sinilah setakat yg aku mampu untuk menulis blog buat pertama kalinya..

Assalamualaikum...