Saturday, October 29, 2011

N.Sembilan Juara Piala Malaysia

Pasukan N.Sembilan akhirnya menamatkan badi tewas dua kali di final dengan mengalahkan Terengganu dengan keputusan 2-1. Kemenangan dramatik itu hadir pada 10 minit masa akhir permainan. Terengganu yang merupakan pasukan pilihan gagal menggunakan kelebihan satu gol yang diperoleh mereka pada awal separuh masa ke-2.

Kesilapan pejaga gol Terengganu, Sarbini menghampakan ribuan penyokong Peteh yang ketika itu mendahului permainan dengan 0-1. Kemudian Hairudin Omar menambah satu lagi gol untuk memastikan kemenangan N.Sembilan kali ini. Tahniah kepada pasukan N.Sembila. Untuk pasukan Terengganu, janganlah berasa hampa. Cuba lagi musim hadapan.

Friday, October 28, 2011

Terengganu VS N.Sembilan

Akhirnya,perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak di negara ini menjelma tiba. Malam ini, Terengganu akan turun menentang N. Sembilan di perlawanan akhir piala teragung di negara ini iaitu Piala Malaysia. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 bagi sesiapa yang tak belesempatan untuk pergi ke stadium.

Walaupun sebelum perlawanan dicemari beberapa protes akibat Persatuan Bola Sepak Malaysia menaikkan harga tiket dari RM 30 ke RM 50 dan diancam boikot dari kedua-dua belah ponyokong pasukan. Namun, jualan tiket adalah memberangsangkan dan dijangka puluhan ribu akan berada di stadium malam ini. 


Ini dibantu dengan kerajaan negeri masing-masing memberi bantuan dengan pengurangan harga tiket untuk penyokong kedua belah pihak. Bagi penyokong N.Sembilan, mereka hanya perlu membayar RM 30 saja manakala penyokong Terengganu perlu membayar RM 25 saja. 

Terengganu VS N.Sembilan
Peteh Ganu Peteh VS Hobin Jang Hobin
Sang Penyu VS Sang Rusa



Monday, October 24, 2011

Top 10 Shopping Mall Terbesar Di Dunia

Kalau disebut pasal Shopping Mall,mesti dikaitkan dengan golongan wanita yang sering berbelanja di sana. Lepas satu kedai ke kedai yang lain dimasuki mereka, tetapi satu benda pun tak dibeli. Kata mereka nak 'survey' dahulu. Bagi golongan lelaki pula terpaksa mengikut kemana sahaja wanita tersebut. Nak tinggalkan takut apa-apa terjadi kepada mereka. Oleh itu, aku senaraikan 10 shopping mall yang terbesar di dunia dan kebanyakkan mereka dikuasai oleh negara Asia!! Adakah orang di negara Asia memang suka pergi ke shopping mall??

1. South China Mall, China
















Mall terbesar di dunia. Berkeluasan 7.1 juta sq ft.Terdapat juga taman tema di dalam shopping mall ini. Di buka pada tahun 2005.

2. Golden Resources Shopping Mall, China
















Mall ini juga terletak di China. Berkeluasan 6 juta sq ft. Terdapat 1000 kedai di dalamnya. Dibuka pada tahun 2004.

3. SM Mall of Asia, Philipphines

















Di dalamnya terdapat kolam renang bersaiz olimpik!! Dibuka pada tahun 2006. Berkeluasan 4.2 juta sq ft.

4. Cevahir Istanbul

















Merupakan mall terbesar di eropah. Terdapat juga roller coaster dan wave pool. Berkeluasan 3.8 juta sq ft. Dibuka pada tahun 2005.

5. West Edmonton Mall, Canada


















Terdapat 800 kedai dan juga gelanggang luncur air, casino. Berkeluasan 3.8 juta sq ft. Dibuka pada tahun 1981.

6. SM Megamall

















Mempunyai 12 pawagam, luncur ais, bowling, dan pusat membeli-belah permainan tradisional. Berkeluasan 3.6 juta sq ft. Dibuka pada tahun 1991.

7. Berjaya Times Square, Malaysia















Shopping Mall tebesar di Malaysia. Tedapat 1000 kedai,roller coaster, kolam renang, luncur ais, Cosmo's World dan taman tema untuk kanak-kanak. Berkeluasan 3.4 juta sq ft dan dibuka pada tahun 2005.

8. Beijing Mall,China















Terdapat tempat letak kereta berkapasiti 8000 kereta dan laut buatan manusia. Berkeluasan pada 3.4 juta sq ft. Dibuka pada tahun 2005.

9. Zhengjia Plaza, China















Terdapat sebuah hotel, dan pelbagai kedai runcit. Berkeluasan 2 juta sq ft.

10. SM City North Edsa, Philipphines

















Terdapat 1000 kedai dan restoran dengan 12 pawagam. Terdapat juga pusat bowling. 


Sunday, October 23, 2011

Manchester United tewas kepada Man City 1-6

Peminat MU hari ini hampa apabila pasukan mereka dimalukan di gelanggang sendiri apabila tewas mengejut di tangan Man City dengan jumlah jaringan yang diluar jangkaan. MU yang bermain dengan 10 orang tewas dengan keputusan 1-6. 

Man City nampaknya menunjukkan permainan yang bertenaga daripada Man. United malam ini. Satu keputusan yang sungguh menghampakan peminat mereka termasuk aku..Inshallah MU akan kembali bangkit untuk terus mengejar kejuaraan liga...

Marco Simoncelli Meninggal Dunia

Pelumba MotoGP, Marco Simoncelli telah pun meninggal dunia petang tadi akibat daripada kemalangan yang tragik semasa perlumbaan MotoGP 2011 di Sepang, Malaysia (SIC). Berita yang mengejutkan seluruh peminat MotoGP ini disambut dengan kesedihan dan membuatkan pihak penganjur membatalkan perlumbaan tersebut.


Simoncelli terjatuh apabila ketika mengambil selekoh dan dilanggar oleh rakan senegara sendiri,Valentino Rossi dan Colin Edwart. Colin Edwart hanya mengalami kecederaan di bahu manakala Rossi tidak mengalami sebarang kecederaan. Keadaan itu diburukkan apabila topi kaledar Simoncelli tertanggal semasa kemalangan. Simoncelli pelumba bagi pasukan San Carlo Honda Gresini baru berusia 24 tahun ketika kematiannya. 

Video kemalangan Simoncelli boleh dilihat di Youtube. Lihat link ini untuk melihat video tersebut Simoncelli Crash Sepang.

Saturday, October 22, 2011

Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir (2nd Leg)

Berikut adalah keputusan Piala Malaysia peringkat Separuh Akhir pusingan ke-2

Terengganu 2-1 Selangor (Terengganu layak 4-1)

N.Sembilan 2-1 T-Team (N.Sembilan layak 6-3)


Ini bermakna Terengganu akan berentap bersama N.Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini. Perlawanan akhir akan diadakan di Shah Alam.



Thursday, October 20, 2011

Muammar Gaddafi Terbunuh?

Berita terkini dan tergempar.Bekas pemimpin Libya,Muammar Gaddafi dilaporkan telah ditangkap malahan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan pemberontak. Namun, berita ini masih belum dapat disahkan oleh agensi berita dunia seperti CNN.Gaddafi dikatakan terbunuh selepas satu pertempuran dengan tentera NTC.

Gambar kematian Gaddafi telah pun tersebar di Twitter di mana Gaddafi berlumuran darah dan ditangkap menggunakan kamera handphone. Untuk lihat gambar Gaddafi terbunuh klik link ini Gambar Gaddafi. Gambar ini mengesahkan bahawa Gaddafi telah benar-benar terbunuh. Jika benar berita ini,maka ini telah melengkapkan kejatuhan rejim Gaddafi. Ini juga bakal menamatkan peperangan yng berlaku di Libya. Untuk berita penuh sila ke CNN

Wednesday, October 19, 2011

Himpunan Sejuta Umat

Program Himpunan Sejuta Umat akan diadakan pada 22 oktober 2011 bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak umat Islam di Malaysia untuk mempertahankan akidah umat Islam dalam usaha untuk mencegah budaya kristianisasi daripada terus menular dalam kalngan umat Islam khususnya di Malaysia.



Program yang akan disertai oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya PERKASA,  IKRAM, PEKIDA dan TERAS ini mendapat liputan yang meluas dan menjadi berita hangat dalam beberapa hari ini. Himpunan ini dianggarkan akan disertai lebih 100 000 orang umat Islam yang peka terhadap agama Islam. Parti politik juga tidak berkecuali untuk memberikan sokongan terhadap himpunan ini. Antaranya ialah Pemuda Pas dan Pemuda UMNO. Namun begitu, bagi Pas Pusat, mereka tidak akan menyertai himpunan ini dengan alasan tidak mahu perhimpunan ini dipolitikkan. Ini kerana perhimpunan ini bukanlah berkepentingan politik tetapi berkepentingan menjaga kesucian agama. 

Untuk maklumat lanjut,sila layari laman web rasmi HIMPUN himpun.org





Tuesday, October 18, 2011

Keputusan Piala Malaysia (Semi-Final) 1st-Leg

Berikut adalah keputusan separuh akhir Piala Malaysia pusingan pertama yang berlangsung 

pada 18/10/11:

Selangor 0-2 Terengganu

T-Team 2-4 N.Sembilan

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2011 (Semi-Final)

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Malaysia peringkat separuh akhir pusingan pertama:-

18/10/2011

Selangor VS Terengganu 
-Live at RTM 1


T-Team VS N.Sembilan 
-Live at Astro Arena








Sunday, October 16, 2011

Ustaz Youtube Di Melaka!!

Akhirnya, perkara yang aku nanti-nantikan menjelma!!. Ustaz Azhar Idrus atau panggilan Ustaz YouTube akan datang ke negeri kelahiranku, Melaka. Bukan untuk berpolitik atau selainnya,tetapi bagi aku Ustaz Azhar ini seorang pendakwah yang bagus. Cara penyampaian beliau amat bertepatan dengan selera aku. Tak jemu aku mendengar kuliah beliau di YouTube. Tetapi sedikit terkilan apabila venue yang dilangsungkan agak terpencil dan tak mempunyai ruang yang besar untuk menampung jumlah pengunjung yang dianggarkan ramai.(menjadi kebiasaannya ramai orang)

Aku tak mahu cerita lebih, aku tulis artikel ini pun sebab nak ajak semua anak-anak Melaka untuk turun ke kuliah Ustaz Azhar ini seperti yang tertera di bawah.Jom gegau Melaka!! Untuk maklumat lanjut sila layari website rasmi beliau Ustaz Azhar .







Friday, October 14, 2011

Keputusan Piala Malaysia (Suku Akhir)

Berikut adalah keputusan suku akhir ke-2 Piala Malaysia pada 14 oktober 2011:

Kelantan 2-2 Terengganu (Terengganu layak 5-3)

T-Team 2-1 Sabah (T-Team layak 4-2)

Perak 0-1 Selangor (Selangor layak 4-1)

N.Sembilan 1-0 Felda (Masa Tambahan)

Terengganu akan menentang Selangor pada separuh akhir. Manakala T-Team akan menentang samada N.Sembilan atau Felda united yg terikat dengan agregat 1-1.

Mari Tonton Kelantan VS Terengganu

Jom kita ramai-ramai tengok perlawanan suku akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Terengganu yang sedang berlangsung sekarang ini. Aku rasakan bahawa perlawanan antara kedua-dua pasukan ini akan berlangsung dengan sengit. Ini ditambah dengan Kelantan yang dilihat terdesak untuk mencari gol dalam usaha untuk layak ke separuh akhir Piala Malaysia

Diharapkan perlawanan kali ini tidak mencetuskan aksi yang tidak sepatutnya seperti apa yang berlaku pada perlawanan pertama mereka di mana lima kad merah dan sepuluh kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Para pemain perlu menunjukkan sikap professional mereka di atas padang. 

Siaran secara langsung akan disiarkan di saluran Astro Arena,801. Mari sama-sama kita memeriahkan bola sepak kebangsaan kita.