Friday, March 25, 2011

Malaysia VS Etoile FC (Live at Astro Arena)

Malam ini pasukan bola sepak kebangsaan sekali lagi akan mengadakan satu perlawanan persahabatan. Malaysia akan turun menentang Etoile FC, sebuah kelab dari negara jiran Singapura. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura. Satu berita baik kepada penyokong pasukan kebangsaan ialah Astro Arena channel 801 telah pun mengesahkan bahawa mereka akan menyiarkan siaran Secara Langsung bagi perlawanan tersebut. Siaran secara langsung dijadualkan ada 26 Mac 2011 pada pukul 7.50 malam ini.



Kemungkinan untuk peristiwa perlawanan antara pasukan Malaysia dan Pakistan dimana siaran secara langsung terpaksa dibatalkan adalah amat tipis. Ini kerana situasi di Singapura adalah berbeza dengan Pakistan malah mereka merupakan antara sebuah negara yang maju. Jadi kepada peminat Malaysia tidak perlu risau akan peristiwa itu berulang (Cakap macam penerbit Astro). 

Oleh itu, kepada peminat-peminat pasukan kebangsaan, marilah kita beramai-ramai menyaksikan perlawanan ini di kaca TV di rumah masing-masing, di kedai-kedai dan di mana pun anda berada asalkan ada Astro. Ini kerana RTM tidak menyiarkan perlawanan secara langsung.

7 comments:

  1. sokong negara tercinta...

    ReplyDelete
  2. Salam and hye..
    nice blog...
    best dapat follow.. keeps moving on sahabat...
    Klu free jemput singgah ke blog saya.. thanks..
    http://purplebloggerboyz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. http://sporefootball.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. salam...

    tengok perlawanan bola malam tadi,
    malaysia perlu perkemaskan lagi serangan dan pertahanan yg dikira longgar malam tadi..

    apapun tahniah kepada Malaysia..

    **folo ur blog..46*

    ReplyDelete