Saturday, March 12, 2011

Letupan Di Loji Nuklear Fukushima, Jepun

Satu letupan dan kebocoran radiasi berlaku di loji jana kuasa nuklear di Fukushima. Letupan ini terjadi susulan satu gempa bumi sekuat 8.9 magnitud dan ombak tsunami setinggi 7 meter di Jepun semalam. 

Menurut agensi berita Reuters, kejadian letupan dan kebocoran radiasi telah disahkan oleh Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano. Menurutnya lagi, pihaknya sedang mengkaji punca letupan itu dan situasinya dan pihak mereka akan membuat pengumuman kepada orang ramai jika mendapat maklumat lanjut.  

Video Letupan Di Loji Jana Kuasa Fukushima


No comments:

Post a Comment