Thursday, March 31, 2011

Asal Usul April Fool

Kenapa kita dilarang menyambut April Fool?? Mesti ada kisah disebaliknya. April Fool sebenarnya mempunyai sejarah tersendiri dan amat pahit bagi umat Islam. April Fool disambut barat pada setiap 1 April dengan kegembiraan,kepuasan dengan cara memberi kejutan atau menipu dengan niat mengenakan seseorang. Perlu diakui terdapat umat Islam juga berbuat begitu. Selalunya, umat Islam yang menyambut April Fool ini tidak mengetahui sejarahnya.

SEJARAH APRIL FOOL

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak layk merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

Sumber: eramuslim

Wednesday, March 30, 2011

Les' Copaque Bakal Bangunkan Taman Tema Upin & Ipin

Syarikat animasi popular tempatan, Les' Copaque Production Sdn. Bhd. yang popular dengan siri animasi Upin & Ipin bercadang untuk membangunkan sebuah Taman Tema Upin & Ipin. Taman Tema itu bakal menelan belanja RM 200 juta bakal dibina di Perak. 




Menurut pengarah urusannya, Burhanuddin Md Razi berkata, pihaknya ketika ini sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation ( KPerak) dalam mencari lokasi sesuai untuk membina Taman Tema ini. 

Beliau juga menerima tawaran dari syarikat yang berpengkalan di Indonesia untuk membina Taman Tema itu di sana. Namun begitu, mereka terpaksa menolakknya kerana mahu identiti Upin & Ipin dibina di negara ini dan seterusnya menjadi ikon kepada pelancong luar negara. Beliau berkata ketika ditemui pada sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak bersama Upin & Ipin di Perak Techno Trade Centre (PTTC) di Ipoh, Perak kemarin.

Sumber: myMetro





Spiderman Beraksi Lagi!! Kali ini Di Burj Dubai

Baru sebentar tadi aku menonton berita dan aku tertarik pada satu berita di mana mengatakan  bahawa 'Spiderman' memanjat bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Dubai. Nak tahu berapa tinggi Burj Dubai dan bangunan tertinggi di dunia selain Burj Dubai?? Klik Sini

Aksi beliau ketika memanjat Burj Khalifa Dubai


Nama sebenar 'Spiderman' ini ialah Alain Robert dan berasal dari Perancis. Beliau yang berumur 48 tahun itu telah berjaya menamatkan misi beliau dengan mengambil masa selama 6 jam. Tidak seperti di bangunan lain, kali ini Robert telah mendapat kebenaran untuk memanjat bagunan tersebut dan segala persiapan dari segi keselamatan telah disediakan. Baginya, segala persediaan itu telah membuatkan beliau semakin gemuruh. Untuk pengetahuan umum, Robert juga pernah memanjat Menara Berkembar KLCC. Tahniah diucapkan kepada beliau. Untuk laporan lanjut sila layari Berita Harian.

Undian Kelayakan Sukan Olimpik dan Piala Dunia (Bola Sepak)

Hari ini berlangsungnya undian untuk kelayakan sukan bola sepak ke Sukan Olimpik dan kelayakan ke Piala Dunia. Dalam undian itu, Malaysia yang sudah pun melayakkan diri ke pusingan ke-2 dalam kelayakkan Sukan Olimpik 2012 di London akan turun menentang pasukan Lebanon. Mengikut ranking FiFA,Lebanon berada ditangga ke-169 dunia. Manakala Malaysia ke-138 dunia. Ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pasukan Malaysia. 

Pada undian kelayakan Piala Dunia pula, Malaysia dijadualkan akan bertemu pasukan Chinese Taipei.Jikalau kita mengikut ranking sekali lagi, pasukan Malaysia berada di atas pasukan Chinese Taipei yang berada di tangga ke-147 dunia. Diharapkan dengan menetang pasukan boleh dikatakan agak mudah ini, Malaysia meneruskan langkah ke Pusiangan akhir Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Inshallah.. 


*Berikut adalah keputusan undian kelayakkan olimpik Pusingan Ke-2

Malaysia Olympic vs Lebanon Olympic

=> First Leg: 19 Jun 2011 (Away)

=> Second Leg: 23 Jun 2011 (Home)


*Berikut adalah keputusan undian Kelayakkan Piala Dunia

Malaysia vs Chinese Taipei

=> First Leg: 29 Jun 2011

=> Second Leg: 03 July 2011

Tuesday, March 29, 2011

Top 10 The Most Famous Paintings Ever

10. From the Lake by Georgia O’Keeffe




9. The Persistence of Memory by Salvador Dali



8. The Dream by Pablo Picasso



7. Corner of the Garden at Montgeron by Claude Monet



6. Café Terrace at Night by Vincent Van Gogh



5. Girl with a Pearl Earring by Jan Vermeer



4. Luncheon of the Boating Party by Pierre Auguste Renoir



3. The Kiss by Gustav Klimt



2. Starry Night by Vincent Van Gogh



1. Mona Lisa by Leonardo Da Vinci



Monday, March 28, 2011

Maher Zain-Freedom (Video and Lyric)

*filmed at MZ concert in Malaysia


Gathered here with my family

...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

P/S-Lagu ini dinyanyikan semasa konsert MZ di Kuala Lumpur
P/SS-Mengisahkan tentang kebebasan yg dituntuk rakyat Mesir dan Negara lain

Sunday, March 27, 2011

My People-Yusuf Islam (with Lyric)


My People
When you gonna leave
My People?
Give them room to breath
My People?
Stop oppressing
My People?
All they want is bread, clothes
Space to rest - and left alone
My People:
When you gonna free
My People?
Let them live in peace
Stop killing
My People?
All they need is dignity
A chance to be free
My People
Stop making scared
My People
Let them out of jail
My People
Stop building walls around
My People
When you gonna show you care
Join the people in the square
My People

My People
See them coming now
My People
Can't you hear them shout?
My People
Everyday, everywhere
Stop running from
My People
Stop stealing from
My People
Stop pointing guns at
My People
Oh, Come on
My People
Come on, come on
My People
Come on, come on
My People
God show them the way
My People
God show them the way
My People
See them pray
My People
Come on, come on
My People
Oh,
My People
Come on
My People
Keep on keeping on


p/s-this song was filmed araound the world included Kuala Lumpur
p/ss-this song was edited in Kuala Lumpur,Malaysia

Fasha Sandha Artis Paling Seksi- Harian Metro, Perlukah??

Aku nak komen sikit pasal berita yang dikeluarkan oleh Harian Metro yang bertajuk 'Paling Seksi'. Aku pelik bin ajaib kenapa berita macam ini pun dikeluarkan?? Adakah media di Malaysia hanya mengeluarkan berita pasal gosip artis, artis buat ni la, buat tu la..pakai bikini,pinggul menggoda la, dam macam-macam lagi.. Aku lihat langsung tiada unsur-unsur membina akal dan intelek bagi rakyat yang membacanya. Sampaikan undian artis paling seksi dikeluarkan. 

Aku bukannya nak mengutuk. Tetapi berita ala-ala 18 SX ni tak patut dikeluarkan. Lebih-lebih lagi pasal artis Malaysia. Kita perlu sedar yang kita duduk di sebuah negara Islam. Jadi bila artis beragama Islam itu berpakaian seksi patutnya ditegur bukannya untuk dibanggakan. Berikut adalah berita yg dikeluarkan oleh HM =>


KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.
Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.
Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.

Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas.

Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum.



Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus.

Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating ke enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Nora Danish (3.11 peratus), Nur Fazura (3.09 peratus), Ayu Raudhah (3.09 peratus), Zarina An Julie (2.91 peratus) dan Marsha (2.43 peratus). Baca selanjutnya di http://www.hmetro.com.my/ 


Tahniah diucapkan kpd HM kerana berjaya memberi 'pendidikan' yg bagus kpd rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia 'berbangga' mempunyai artis seperti mereka.