Sunday, March 6, 2011

BN Menang Di Merlimau Dan Kerdau

BN telah pun mengesahkan kemenangan parti mereka di DUN N27 Merlimau dan N28 Kerdau. Keputusan kemenangan BN di kedua-dua DUN ini memang sudah dijangka. Ini kerana kedua-dua kawasan ini adalah kubu kuat BN. Di Merlimau, calon BN, Roslan Ahmad mendapat undi sebanyak 5,962 undi. Manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah mendapat 2,319 undi. Ini menjadikan majoriti meningkat kepada 3,643 undi daripada 2,154 undi yang dicatatkan pada Pilihan Raya 2008.

Di Kerdau pula, calon BN, Syed Ibrahim berjaya memperoleh undi sebanyak 5,060 undi. Manakala calin PAS,Hasanuddin Salim mendapat undi sebanyak 2,336 undi. Ini bermakna majoriti BN meningkat kepada 2,724 undi. 

Bagaimanapun, tahniah buat kedua-dua parti yang telah berusaha untuk meraih undi dari rakyat di dua kawasan.




No comments:

Post a Comment