Wednesday, March 9, 2011

Siaran Langsung Malaysia VS Pakistan Batal??

Adakah pasukan kebangsaan Malaysia akan meneruskan rentak kecemerlangan dalam misi negara untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 akan tercapai?? Malaysia sekali lagi akan turun menentang Pakistan untuk perlawanan pra kelayakan Olimpik pusingan kedua tetapi ini di Lahore, Pakistan. Pelbagai dugaan yang diterima skuad kebangsaan sebelum sepak mula. 


Cabaran yang pertama ialah skuad kebangsaan tiba di Lahore sehari sebelum perlawanan bermula. Ini mungkin sedikit sebanyak menjejaskan rentak skuad kebangsaan yang mungkin keletihan. Selain itu, skuad kebangsaan juga berada dalam kebimbangan tentang tahap keselamatan mereka di sana. Ini kerana Pakistan selalu berlakunya pergolakan dan kejadian pengeboman berani mati. Kali ini satu lagi tamparan kali ini kepada peminat Malaysia apabila Siaran Langsung perlawanan tersebut terpaksa DIBATALKAN kerana sebab teknikal dan keselamatan.


Pihak RTM dan Astro Arena telah mencuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini namun menemui jalan buntu. 
                     

Siaran terpaksa dibatalkan!!

No comments:

Post a Comment