Friday, March 11, 2011

Manusia Terkaya di Dunia.

Carlos Slim sekali lagi mengekalkan kedudukan beliau sebagai manusia terkaya di dunia sebanyak tiga tahun berturut-turut dengan anggaran harta kekayaan sebanyak $74 billion (RM 224.7 billion). Kedudukan Carlos Slim ini diikuti oleh pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan bernilai $56 billion (RM 170 billion). Manakala pelabur AS, Warren Buffett menduduki tempat yang ketiga dengan kekayaan sebanyak $50 billion (RM 150 billion)


Senarai Forbes ini menyaksikan Billionair dari Asia mendominasi kedudukan dengan 332 billionair dari Asia berbanding Eropah hanya 79 orang. China antara negara yang paling ramai melahirjan billionair di Asia dengan mendominasi sebanyak 115 orang daripada 332 orang billionair. 

Pengasas laman sosial popular, Facebook, Mark Zuckerberg berada di tangga ke-52 dengan mengumpul kekayaan sebanyak $13.5 billion (RM 40.9 billion)

Sebanyak sembilan billionair dari Malaysia yang tersenarai dalam senarai Forbes kali ini. Raja gula, Robert Kuok yang mempunyai kekayaan sebanyak $12.5 billion dan pemilik syarikat komunikasi dari Malaysia, Ananda Krishnan menduduki tempat yang ke-93 dengan kekayaan berjumlah $9.5 billion. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menjadi wakil orang melayu Malaysia dengan menduduki tempat yang ke-459 dengan kekayaan sebanyak $2.5 billion.

Senarai kali ini menyaksikan sebanyak 1140 orang billionair direkodkan seluruh dunia. Kalau ingin mengetahui senarai lengkap boleh klik  Senarai Forbes ini.

No comments:

Post a Comment