Wednesday, March 30, 2011

Les' Copaque Bakal Bangunkan Taman Tema Upin & Ipin

Syarikat animasi popular tempatan, Les' Copaque Production Sdn. Bhd. yang popular dengan siri animasi Upin & Ipin bercadang untuk membangunkan sebuah Taman Tema Upin & Ipin. Taman Tema itu bakal menelan belanja RM 200 juta bakal dibina di Perak. 




Menurut pengarah urusannya, Burhanuddin Md Razi berkata, pihaknya ketika ini sedang berbincang dengan KPerak Implementation and Coordination Corporation ( KPerak) dalam mencari lokasi sesuai untuk membina Taman Tema ini. 

Beliau juga menerima tawaran dari syarikat yang berpengkalan di Indonesia untuk membina Taman Tema itu di sana. Namun begitu, mereka terpaksa menolakknya kerana mahu identiti Upin & Ipin dibina di negara ini dan seterusnya menjadi ikon kepada pelancong luar negara. Beliau berkata ketika ditemui pada sidang media sempena Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Perak bersama Upin & Ipin di Perak Techno Trade Centre (PTTC) di Ipoh, Perak kemarin.

Sumber: myMetro





No comments:

Post a Comment