Friday, April 29, 2011

Jihan Tersingkir Maharaja Lawak Minggu Ke-5

Maharaja Lawak minggu ke- 5 menyaksikan peserta tunggal wanita, Jihan menghembuskan meninggalkan pentas Maharaja Lawak. Ini bermakna selepas ini peserta yang tinggal di Maharaja Lawak hanyalah peserta lelaki sahaja. Ini membuktikan bahawa peserta lelaki terus mendominasi pentas lawak di negara ini. Jihan tersingkir selepas persembahan beliau agak hambar pada minggu ini. Jihan mengikut jejak langkah Alex, R2, XN3, dan Wai.

Tersingkir. Undian ditutup!!

Pesembahan Jozan, Sepah, Jambu, Nabil terus memghangatkan pentas Maharaja Lawak pada minggu ini. Namun mereka dibayangi oleh peserta lain yang terus memberikan saingan ketat. Manakala peserta yang selalu dikata-katakan akan terkeluar di laman Facebook Maharaja Lawak,  Amir terus kekal dan terselamat. Mungkin sudah rezeki beliau untuk terus bersaing di pentas Maharaja Lawak. 

Tawaran Ke Matrikulasi Buat Aku Dalam Dilema

Kali ini aku nak berkongsi satu berita yang agak gembira dengan para pembaca blogger semua. Aku rasa korang oun dah tahu apa beritanya sebab tengok tajuk pun tahu. Betul!! telah ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke Matrikulasi dalam asasi Sains.  dan pengajian selama satu tahun. Aku pun sebenarnya tak boleh percaya aku dapat tawaran ni. Sebab keputusan SPM aku bukannya bagus sangat. Sekadar cukup-cukup makan je. Tetapi dah rezeki nak buat macam mana kan??

Sekarang aku dalam dilema sama ada nak terima tawaran ini atau pun tidak. Atau aku patut menunggu keputusan kemasukan ke IPTA?? Aku sebenarnya takut tak boleh bawa dan akhirnya kandas dipertengahan jalan. Sia-sia je kalau macam tu.Tetapi kalau aku dapat bawa, cepatlah aku dapat ijazah nanti. Selain itu, aku juga ada menerima tawaran untuk temu duga Kursus Perguruan Lepasan SPM juga. Bagaimana kalau aku dapat tawaran ke IPTA juga?? Lagi bertambah la dilema dalam fikiran aku.


Rase-rase mana yang patut aku pilih??Matrik?? KPLSPM?? Atau tunggu tawaran ke IPTA?? Kini aku hanya mengharapkan ihsan dari Tuhan Yang Maha Mengatahui. Harap Tuhan memudahkan segalanya bagi aku. Dan memberikan aku jalan yang terbaik demi masa depan aku. Supaya jalan yang dipilih nanti merupakan jalan yang terbaik. Inshallah



Thursday, April 28, 2011

SANTAI BEN ASHAARI :KENAPA AKU SEORANG BLOGGER


Kali ini aku nak join segmen Ben Ashaari. Kalau sesiapa yang nak join juga pergi ke link berikut Santai Ben Ashaari. Dalam segmen ini BA menyuruh buat blogger semua buat satu entry berkisarkan tajuk KENAPA AKU SEORANG BLOGGER.

Aku menjadi seorang blogger ialah kerana dengan berblogging, aku dapat menajamkan lagi penulisan aku supaya aku dapat membina satu penulisan yang berkualiti dan menarik. Selain itu, aku menjadi seorang blogger juga tidak lain untuk berkongsi idea,informasi dan pengalaman aku bersama masyarakat terutama di Malaysia. Sebab yang lain ialah blog ini boleh dikatakan menjadi trend terkini untuk semua orang memiliki sebuah blog. Jadi aku tak mahu tercicir dalam trend ini. 

Selain itu, aku boleh menambah ramai kenalan dari setiap pelusuk negara dan perlu diakui dengan berblog juga dapat menjana pendapatan sampingan. Sebab yang paling utama ialah ia memberikan kepuasan kepada aku lebih-lebih lagi kalau mendapat jumlah pembaca yang ramai. 

Sekian....


Wednesday, April 27, 2011

Menghina Hukum Islam??

Aku sebenarnya tak mahu tulis entry ini. Tapi setelah aku fikir-fikir aku terpaksa juga menulis entry ini untuk sekadar peringatan terutama kepada manusia yang mengaku dirinya sebagai ISLAM. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kerana entry ini adalah berkaitan dengan politik dan isu semasa yang hangat diperkatakan iaitu isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Pada mulanya aku sengaja membaca komen-komen oleh pengguna Facebook mengenai video seks itu di page seseorang. Bukan untuk berpolitik, tapi lebih kepada untuk mencari maklumat untuk mencari kebenaran terhadap isu itu. Komen yang diberi seolah-olah menjadi perdebatan di antara mereka yang menafikan dan mereka yang percaya. Sampai satu tahap seseorang membangkitkan supaya isu ini menggunakan hukum Islam dengan mengenakan Qazaf. Tetapi jawapan yang diberikan adalah sangat mendukacitakan. 



*Klik untuk imej yang lebih jelas

Itulah kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang bagi aku menghina hukum yang diturunkan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang dilakukanNya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya sepanjang masa. Islam ini adalah agama yang sesuai sepanjang zaman. Tak perlu penafsiran semula, penambahbaikkan, tak perlu ditambah dan dikurangkan kerana sifat agama Islam itu adalah sempurna. Jika ditambah atau diubah,maka hilanglah sifat kesempurnaanya. Hayati potongan ayat Al- Quran ini:-

Firman Allah SWT:  "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka  mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)


Firman  Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,  maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)


Firman  Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,  maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)


Firman  Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah  yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?"  (al-Maidah:50)



Photobucket

Tuesday, April 26, 2011

10 Jenama Laptop Terkenal Di Dunia


1. Apple



2. Lenovo



3. Alienware



4. ASUS



5. Sony



6. Gateway



7. Toshiba



8. Hewlett Packard (HP)




9. Dell



10. Acer

Sunday, April 24, 2011

Zizan Ft Dina-Selamat Tinggal (Lyric)

*(Chorus)
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini


Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

* (Chorus)


Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini


Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa 
(jangan pergi, jangan pergi, jangan tinggalkan aku begini)

Selamat tinggal kawanku
(usah pergi)
Tak mudah aku pergi
(jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
(aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku
(usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal 
(jangan biarkan ku menderita disini, jangan biarkan ku terseksa disini sayang)

Selamat tinggal kawanku
(usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini
(aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku
(jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal 
(aku menyintai dirimu sayang, jangan biarkan aku sendiri disini sayang)

Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Saturday, April 23, 2011

Keputusan AF 9- Miza Tersingkir, Aida dan Amir Digugurkan

Miza menjadi peserta terbaru yang meninggalkan pentas Akademi Fantasia 9 pada musim ini. Manakala konsep 'Gugur' yang pertama kali diperkenalkan telah menyebabkan dua peserta lain digugurkan. Peserta yang menjadi mangsa ialah seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan iaitu Aida dan Amir. 

Tersingkir!! 

Selain itu, dua peserta yang digugurkan telah digantikan oleh peserta baru. Mereka digantikan dengan Fina dan Hazama. Konsep ini dibuat bagi menggantikan peserta AF yang kurang konsisten dan tidak serius dalam AF. Cara ini juga untukmemberi kelainan AF edisi kali ini bagi menarik semula sokongan penonton yang mula pudar. 

Digugurkan!! 

Digugurkan!!






Jana Duit Dari Says.my

Kali ini aku nak memperkenalkan satu lagi media pengiklanan dari Malaysia. Mungkin sebelum ini korang pernah dengar Nuffnang, Mangga ad, Innity, dan Advertlets. Tapi korang pernah dengar tak Says.my?? Kalau pernah baguslah. Tapi bagi yang tak pernah dengar lagi Says.my ialah salah satu cara yang sangat mudah untuk jana pendapatan sampingan daripadanya.
 

Says.my ini sebenarnya sama dengan ChurpChurp dalam segala segi. Cara janaan earnings sama dengan ChurpChurp iaitu berdasarkan jumlah unik klik yang ditekan. Setiap klik akan dikira sebanyak RM 0.20. Tapi kelebihan Says ini berbanding ChurpChurp ialah hanya RM50 diperlukan untuk cash out earnings. Berbanding ChurpChurp memerlukan RM 100 untuk cash out. Jadi kalau Says ini tidak memerlukan masa yang lama untuk cash out.

Lagi satu untuk dikongsi, Says ini selalu menjalankan Survey yang menawarkan earnings sebanyak lebih kurang RM 2 bagi setiap Survey yang disertai. Apa lagi tunggu, jom sertai Says.my sekarang!! Tapi bagi yang bersama Nuffnang, status gliterati anda akan terjejas. Tapi kalau korang tak mahukan status gliterati hilang tapi nak sertai Says pun boleh. Caranya ialah jangan post iklan Says di blog anda!! Anda hanya boleh promote iklan says di Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial. 

Berminat sertai Says.my?? Klik sini Says.my untuk pergi ke homepage mereka. Terima kasih kerana sudi membaca. 

Friday, April 22, 2011

Alex Terkeluar Maharaja Lawak Minggu Ke-4

Alex akhirnya meninggalkan dunia Maharaja Lawak pada minggu ini disebabkan undian tidak menyebelahi beliau. Alex mengikut jejak XN3, WAI dan R2 yang tersingkir pada minggu sebelumnya. Lawak Alex kali ini tidak berjaya memikat hati pengundi dan juri apabila beliau dengan hormatnya terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak.


Peserta yang mendapat 'pujian ramai', Amir, berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai peserta Maharaja Lawak yang masih diberi peluang untuk bersaing. Perlu diakui lawak Amir agak menjadi pada minggu ke-4 ini. Manakala peserta lain juga telah memberikan penonton satu persembahan lawak yang berkualiti. 

Video Paling Popular di You Tube!!

1. Justin Bieber - Baby ft. Ludacris => 507,455,572 views


2. Lady Gaga - Bad Romance => 364,272,825 views


3. Shakira - Waka Waka(This Time for Africa) => 326,086,682 views


4. Eminem - Love The Way You Lie ft. Rihanna => 315,399,537 views


5. Charlie bit my finger - again ! => 300,063,502



6. Justin Bieber - One Time => 231,456,249 views


7. Eminem - Not Afraid => 220,573,129 view



10. Pitbull - I Know You Want Me (Calle Ocho) => 173,549,769 views

Komen Aku :-

Nampaknya Justin Bieber telah menguasai carta video paling popular dengan melalui lagu hits beliau 'Baby'. Justin juga telah meguasai 3 daripada 10 tangga di carta video palig popular yang mempunyaijumlah view terbanyak. Jumlah views yang dipaparkan di atas semestinya akan berubah dari semasa ke semasa. Melalui carta ini jelas menunjukkan tahap populariti Justin Bieber yang digilai di seluruh dunia termasuk di Malaysia yang aku sendiri pun tak tahu sebabnya kenapa. Sedap sangat ke lagu dia?? Hensem?? Entah la...Mungkin dah rezeki dia..

Thursday, April 21, 2011

Real Madrid Juara Copa Del Rey



Real Madrid akhirnya berjaya mengalahkan musuh tradisinya, Barcelona dalam perlawanan akhir Copa Del Rey atau juga dipanggil Piala Raja Sepanyol. Kemenangan ini sekali gus menamatkan badi Real Madrid ke atas Barcelona setelah sekian lama tidak berjaya mengalahkan pasukuan itu. 

Perlawanan yang digelar El Clasico itu berlangsung buat kali kedua berturut-turut selepas perlawanan liga tempoh hari yang berakhir dengan keputusan seri. Tetapi kali ini tuah berpihak kepada Real Madrid yang berjaya mengalahkan Barcelona dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain sensari Real, Christiano Ronaldo pada minit tambahan. 

Selepas ini Real Madrid sekali lagi akan menentang Barcelona pada separuh akhir Liga Juara Eropah.

Tuesday, April 19, 2011

JPJ Test

Nervous rase hati nie nak menunggu esok hari. Sape yang tak nervous kalo kena buat test JPJ kan?? Sehebat mane pun dia bawak kete mesti time test JPJ mereka akan rase gugup jugak. Tapi aku cube relax dan cool supaya aku tak buat kesilapan yang tak sepatutnya. Tak pasal-pasal kena bayar lagi kt JPJ tu sebab fail. Aku da le tengah pokai sekarang nie. Nuffnang langsung kedekut tak kasi BE kat aku. Ade ke patut?? 

So, daripada aku membebel tak tentu arah, aku nak mintak sape-sape yang baca entry ini supaya mendoakan aku supaya lulus test JPJ esok. Sekarang ini aku hanye mampu berdoa dan bertawakal kepada yg Maha Esa dan juga mengharapkan ihsan doa daripada korang sume. 


Harap-haraplah esok tester JPJ nie sumenye baik-baik dan cool. Janganlah dapat yang muka macam nak makan orang je. Kalo macam tu sampai aku mati pun kempunan nak dapat lesen kete. Tapi ape-ape pun doakan aku supaya lulus ok. Terima kasih....

Monday, April 18, 2011

Followers yang Ke-100!!

Baru semalam aku menulis blog pasal followers blog aku ni yang naik mendadak selepasjoin segment Ben Ashaari. Hari ini aku bukak je blog terus followers aku jadi 100 orang. Cube tengok nie...


Betul kan?? Aku rasa aku tak payah nak tandakan atau bulatkan sebab tengok pun dah tau yang mana satu. Tapi malangnya bile aku klik je sebab nak follow balik tiada link blog die. Agak terkilan jugak sebab followers yang ke-100 aku tak dapat nak follow balik. Tapi ape-ape hal pun aku rasa bersyukur kerana dengan adanya followers yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, ini bermakna blog aku bukanlah blog yang syok sendiri. Maklumlah, blog ini baru je berusia 3 bulan, maka pembacanya masih kurang dan kualiti penulisan aku pun masih di tahap lemah. Inshallah aku akan meng'upgrade' blog ini setiap masa supaya sesuai dengan minat para blogger di Malaysia..

Sunday, April 17, 2011

Followers Blog

Rasa macam dah lama tak update blog nie. Kesibukan yang memanjang dan tidak dapat dielakkan menyebabkan blog ini terbiar seperti tiada bertuan. Nasib baik ada sedikit kesempatan pada malam nie tapi tak ade idea la pulak!! Tapi tangan nie gatal jugak nak update blog. So, aku paksakan diri ini untuk mengeluarkan idea. 

Aku nak cerita sikit pasal followers kt blog aku nie. Followers aku kalo nak dibandingkan dengan bloggers lain memang jauh ketinggalan. Namun bagi aku, dalam tiga bulan dalam dunia blog ini, followers aku hampir mencecah ke angka 100 orang. Ini bermakna dalam sebulan aku boleh memperoleh lebih kurang 30 orang followers. Inshallah angka tersebut akan terus meningkat. Cuma perlu rajinkan diri update blog dan mencari kenalan baru.

Peningkatan ini jugak sebenarnya berpunca dari Ben Ashaari. Ini kerana, walaupun baru dua kali aku join segment BA, peningkatan followers aku agak mendadak walaupun aku tak update blog selama beberapa hari kebelakangan nie. Kepada semua followers aku, inshallah aku akan follow korang balik tapi tolonglah tinggalkan link dishoutbox atau komen yg mengatakan korang da follow aku. Kadang-kadang aku tak dapat nak follow balik sebab tiada link yang ditinggalkan. So, sape-sape yang aku belum follow balik dan nak aku follow, sila tinggalkan link ok..Dan sesiapa yang belum follow tu anda digalakkan berbuat demikian. Terima Kasih..

Wednesday, April 13, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


Kali ini Ben Ashaari buat segment lagi. So, aku amek keputusan nak join segment BA ni. Tujuan asal BA nak kumpuul seramai yang mungkin blogger mulai hari Rabu sampai Ahad. So, jomlah kita ramai join segment BA ini. Tak rugi tau. Bukan susah pun nak join just klik kat Ben Ashaari Gegar Lagi ok..Jom ramai-ramai tambahkan kenalan dan followers..

Hafiz-Awan Nano (Lirik)



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu