Thursday, March 17, 2011

Review Movie World Invasion:Battle Los Angeles

Kali ini aku nak cerita sikit pasal movie yang baru ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 17th March 2011. Movie World Invasion:Battle Los Angeles ini dilakonkan oleh Aaron Eckhart, Ramon Rodriguez, Bridget Moynahan, Michelle Rodriguez dan pelakon lain. Cerita ini telah diarahkan oleh Jonathan Liebesman ini mengisahkan bahawa dunia ini diserang oleh makhluk asing yang hampir pasti tidak boleh untuk dikalahkan. 


Makhluk asing ini mempunyai alatan untuk menyerang yang sangat canggih dan tidak pernah dicipta di dunia. Tujuan makhluk asing ini ialah tidak lain adalah hanya ingin mendapatkan sumber air yang terdapat di bumi ini. Ini kerana segala peralatan perang menggunakan air untuk berfungsi. Oleh itu, tentera US telah dikerahkan untuk menyerang balas makhluk ini supaya dapat mempertahankan dunia ini daripada ditawan makhluk asing. 






Walaubagaimanapun, tentera US gagal untuk menumpaskan makhluk asing ini. Ini ditambah apabila tentera udara mereka dengan mudahnya dikalahkan dan mereka terpaksa berundur. Namun begitu, terdapat segelintir anggota tentera masih memerjuangkan menentang makhluk asing ini. Kumpalan ini diketuai oleh Staf Sarjan dan beberapa anggota tentera yang tidak berpengalaman. Mereka ditugaskan untuk menjaga beberapa orang awam yang terperangkap untuk dibawa ke tempat selamat. 


Dalam usaha mereka untuk membawa orang awam ke tempat selamat, mereka akhirnya menemui cara untuk menewaskan makhluk asing itu. Tetapi berjayakah beberapa anggota tentera ini mengalahkan makhluk asing bersendirian selepas  kesemua tentera US sudah berundur?? Kalau nak tahu lebih lanjut tengok sendiri di pawagam berdekatan.




Kalau rajin tekan-tekan ler..










a

No comments:

Post a Comment