Sunday, March 13, 2011

Lee Chong Wei Juarai All England

Sebentar tadi, Datuk Lee Chong Wei menjuarai kejohanan badminton All England dengan mengalahkan seteru utamanya dari China, Lin Dan. Chong Wei mengalahkan Lin Dan dengan dua set yang berkesudahan 21-17, 21-17. Dengan kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Lee Chong Wei sebagai pemain badminton Nombor satu dunia. Ini kerana All England menawarkan mata yang tinggi kepada sesiapa yang memenanginya.



Tahniah dan sekalung pujian wajar diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei. Diharapkan dengan kemenagan ini dapat dijadikan pemangkin semangat untuk beliau terus berjaya dalam sukan badminton. Dalam pada itu, diharapkan para pemain pelapis negara perlu menjadikan kejayaan Lee Chong Wei sebagai satu batu loncatan untuk mereka berjaya dalam dunia sukan badminton. 

1 comment:

  1. Thanks a bunch for sharing this with all оf սs you aсtually know what yоu're talking apрroximately!

    Bookmarked. Kindly ɑlso consult with my website =).
    Wе may ɦave a hyperlink change agrreement ƅetween սs

    Feel free to visit myy blog post: oil of olay target coupons

    ReplyDelete