Friday, March 18, 2011

Man Menang Raja Lawak Musim Ke-5!!

Raja Lawak musim kelima kini telah melabuhkan tirainya. Raja Lawak musim ini dimenangi oleh Man atau nama sebenarnya Abdul Rahman. Dengan tema Raja Lawak akhir kali ini ialah bebas dan muzikal, Man telah melakukan yang terbaik dengan lawaknya yang menjadi dan berjaya membuatkan aku sendiri ketawa bergulin-guling. Namun begitu, walaupun aku sebenarnya tidak beberapa minat dengan Man ini, namum perlu diakui lawaknya memang menjadi. Tahniah diucapkan kepada Man!!



Namun begitu, kepada finalis yang lain, R2 dan Balas, janganlah kecewa kerana anda mempunyai bakat sebagai pelawak dan perlu diteruskan di masa hadapan walaupun kalah. Ucapan tahniah juga patut diberikan kepada R2 dab Balas.

Raja Lawak kali ini juga menyaksikan peserta perseorangan kembali merampas takhta Raja Lawak selepas musim yang lepas dikuasai oleh peserta berkumpulan seperti Sepah dan kecik.

2 comments: