Thursday, March 24, 2011

Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall (Video Inside)

Apa nak jadi dengan masyarakat zaman sekarang ni. Ada je masalah yang tak boleh nak diselesaikan seperti masalah pekerjaan, cinta, perselisihan faham dan pelbagai lagi masalah terus sahaja buat keputusan untuk membunuh diri. Hari ni pada 24hb Mac 2011, satu lagi cubaan bunuh diri oleh seorang gadis yang aku masih tidak tahu apa masalahnya. Mari kita saksikan adegan yang sempat diskodeng dirakam....



Mashallah!! Nasib baik gadis tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak bomba yang cekap membuat tugas mereka. Allah masih memberi peluang kedua kepada gadis tersebut untuk bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. Semoga dengan kejadian ini dapat memberi keinsafan kepada kita. Kita juga perlu sedar yang membunuh diri tidak menyelesaikan masalah malah menambahkan lagi masalah. Sesungguhnya tiada sesiapa yang berhak mencabut nyawa seseorang atau diri sendiri kecuali dengan izin Allah dan sudah sampai ajalnya.

No comments:

Post a Comment