Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan blogger sekalian khususnya dan juga kpd sesiapa sahaja di luar sana. Diharapkan Raya kali ini dapat memberi sedikit perubahan kepada diri kita selepas sebulan kita berpuasa. Raya Aidilfitri boleh ditafsirkan sebagai kemenangan umat Islam bagi sesiapa yg berpuasa. Yang tak berpuasa tu paham2 jela..

Manakala Aidilfitri pula bermaksud kembali kepada fitrah. Manusia dijadikan dengan dlm keadaan hatinya suci dan bersih. Oleh itu, selepas kita menjalani ibadah puasa selama sebulan, sepatutnya hati kita kembali menjadi lebih tertarik dan khusyuk untuk melakukan amal ibadah kepada Allah dan bukannya lebih malas atau tiada perubahan langsung dari tahun2 sebelumnya.

Selain itu, Raya Aidilfitri sepatutnya disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan, bukannya disambut dengan cara keterlaluan seperti sanggup menghabiskan wang ringgit dengan jumlah yang banyak semata-mata menyambut raya dengan niat menunjuk-nunjuk. 

Oleh itu, marilah kita menyambutt Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan ziarah-menziarahi kaum keluarga yang lama tak berjumpa. Dalam pada itu, kita juga perlu jaga pemakanan di Hari Raya yang mulia ini. Semoga Hari Raya kali ini dapat memberikan keberkatan dan kenangan yang manis kepada kita semua. Inshallah......

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN