Friday, July 20, 2012

Keputusan QPR VS Kelantan

Sebentar td, berakhir sudah perlawana persahabatan antara juara Liga Malaysia, Kelantan menentang pasukan dari EPL, Queen Park Rangers (QPR) dengan keputusan Kelantan 0-5 QPR. Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut QPR ke atas pasukan dari Malaysia selepas menewaskan Sabah dgn keputusan yg sama tempoh hari.

Pada separuh masa pertama, Kelantan seakan-akan mampu mengekang pemain QPR apabila hanya mampu dibolosi dgn satu gol. Tetapi semuanya berubah pada separuh masa kedua di mana QPR dpt menambah 4 lagi gol tambahan. Selain itu, pemain Kelantan juga dilihat gagal menyaingi pemain QPR. Tetapi ini merupakan pengalaman yang berharga buat Kelantan dlm usaha untuk mengharungi cabaran di Piala AFC nanti.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

    Di sini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua blogger-blogger dan semua yang sudi membaca entri ini. Ramadhan kali ini jatuh pada 21 Julai 2012 bersamaan 1433 hijrah. Setiap orang yang beriman pastinya menunggu-nunggu saat ini kerana setiap amalan sama ada wajib atau sunat mendapat ganjaran yang amat besar dari Allah S.W.T. 


    Puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang ke-3. Kalau kita tak berpuasa, bermakna tak lengkap Islam kita. Berpuasa memerlukan kita supaya menahan daripada perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti makan, minum dr terbit fajar hingga terbenam matahari.

    Selain itu, Puasa di bulan Ramadhan diwajibkan ke atas umat Islam berdasarkan firman Allah dlm sural Al-Baqarah ayat 183 yg bermaksud

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"


    Di dalam bulan Ramadhan, ibadah yang lazim dilakukan ialah membaca Al-Quran, bersedekah, terawih dan qiamulail di malam hari. Segala ibadah ini sudah pastinya mendapat pahala yg berlipat kali ganda dibandingkan dgn bulan yg lain.

    Oleh itu, walau apa pun alasan, kecuali yg dibenarkan syarak, kita wajiblah menunaikan ibadah puasa ini walaupun kita merasakan diri kita ini terpaksa. Benda wajib tak perlu tunggu masa untuk melakukannya kerana ajal juga tak menunggu masa. Wallhualam..

Thursday, July 5, 2012

Assignment Berlambak!!

Rase aku baru je bermula kelas aku untuk semester ke-3 di UiTM ni. Tapi assigment dah berlambak diberi oleh lecturer. Nampaknya semester kali ni aku kena berusaha dgn lebih keras lagi demi mencapai target aku dalam semester kali ini setelah semester kedua aku berakhir tak berapa baik. 

Namun, aku perlu menempuh halangan aku yang paling besar kali ini iaitu aku terpaksa menetap di rumah sewa. Memang benar kata orang, duduk rumah sewa memang sungguh mencabar kerana segala aktiviti tak terikat dgn kolej. Lebih bebas dan tak terkawal. Tapi aku beruntung sebab semua hausemate aku boleh dipercayai dan paloing penting sama kursus dgn aku. Jadi bolehlah berbincang untuk membuat assignment yang semakin lama semakin berlambak...