Saturday, March 26, 2011

Keputusan Etoile FC 1-1 Malaysia

Pasukan Bola Sepak Kabangsaan Malaysia hanya sekadar mampu seri bersama Etoile FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Malaysia berjaya mendahului Etoile FC hasil jaringan Ahmad Fakhri pada minit ke-7. Namun, akibat kelekaan pemain Malaysia, Etoile FC berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. 

Pasukan Malaysia boleh dikatakan berjaya selepas mengikat Etoile FC yang dibarisi pemain luar terutama daripada Perancis. Kedua-dua belah pasukan telah melakukan serangan demi serangan namun tiada penyudahan yang baik. 

Ucapan tahniah wajar diberikan kepada penjaga gol Malaysia Sarbinee yang menggantikan Khairul Fahmi pada separuh masa kedua kerana beliau berjaya menyelamatkan beberapa cubaan berbahaya dari pemain Etoile FC. 

Diharapkan pasukan Malaysia selepas ini dapat memperbaiki prestasi dan berjaya dalam setiap perlawanan yang disertai. Sebagai salah seorang penyokong Malaysia, saya berasa puas hati dengan prestasi pemain kebangsaa,

No comments:

Post a Comment