Sunday, February 27, 2011

Apa Browser Terbaik??

Sekarang ini banyak jenis browser atau dikenali sebagai enjin carian internet yang dikeluarkan oleh banyak syarikat. Tetapi,sebagai pengguna kita keliru untuk memilih browser yang terbaik dan sesuai dengan diri kita. Apa yang lebih merunsingkan apabila kesemua pengeluar browser ini mengaku bahawa browser merekalah yang terbaik,terpantas,selamat dan sebagainya. Kalau mengikut senarai ranking yang tertinggi dalam senarai download dan mempunyai pengguna yang ramai diungguli oleh Mozilla Firefox mengatasi Google Chrome dan Internet Explorer.Mozilla Firefox berjaya memintas Internet Explorer bagi browser paling popular. Bagi saya, setiap browser memiliki setiap kelebihan dan kekurangan. Untuk menetukan browser yang terbaik untuk diri kita terletak pada diri kita sendiri untuk memilih yang mana satu untuk digunakan. 



Berikut merupakan senarai 5 browser paling popular 2010 sebagai rujukan untuk memilih.


1) Mozilla Firefox


2) Internet Explorer


3) Google Chrome


4) Safari


5) Opera


Oleh itu, terserah kepada anda sebagai pengguna untuk menilai browser yang terbaik untuk anda. Untuk melihat statistik yang dikeluarkan sila  klik sini.

Saturday, February 26, 2011

ChurpChurp Cara Mudah Jana Duit!!

Mungkin ramai yang sudah mengenali ChurpChurp terutama kepada para blogger yang menjana pendapatan dengan Nuffnang. Ini kerana ChurpChurp merupakan anak syarikat kepada Nuffnang. Jadi sesiapa yang masuk Nuffnang janganlah takut untuk menyertai ChurpChurp. ChurpChurp merupakan sebuah media pengiklanan yang menggunakan social networking Facebook dan Twitter sebagai platform pengiklanan mereka.


Anda hanya perlu mendaftar dan 'connect' kepada akaun Facebook dan Twitter anda (salah satu pun boleh) Selepas itu, anda hanya perlu share iklan yang pihak ChurpChurp sediakan di Facebook dan Twitter. Lagi banyak orang klik iklan anda lagi banyak duit anda akan dapat. Jika bernasib baik, ChurpChurp akan memberi anda assignment untuk diklankan. Anda hanya perlu ikut segala arahan dan submit assignment itu untuk disemak oleh ChurpChurp. Kemudian assigment itu akan di'tweet' secara atomatik ke twitter anda. Tetapi assigment hanya diperoleh jika followers anda di twitter melebihi 25 orang.


*JOIN CURPCHURP

Apa tunggu lagi?? Mari join ChurpChurp dan jana pendapatan daripadanya.Untuk join ChurpChurp anda hanya perlu klik  Join ChurpChurp  dan ikut segala arahan. Tapi sebelum itu, sila klik  iPhone 4 kalau anda berminat untuk menang iPhone 4. Selamat Mencuba!!

Friday, February 25, 2011

Calon Pilihanraya Merlimau Diumum

BN dan PAS telah pun menamakan calon mereka bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau. BN mempetaruhkan Roslan Ahmad sebagai calon parti itu di Merlimau. Roslan Ahmad merupakan Pengurus Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa UMNO Jasin. Beliau berkelulusan diploma pengurusan perniagaan. Manakala Allahyarham bapa beliau, Datuk Ahmad Ithnin merupakan ADUN Sungai Rambai.

Roslan Ahmad

Dalam pada itu, PAS pula meletakkan Yuhaizad Abdullah sebagai calonnya di Merlimau. Yuhaizad,38 merupakan Timbalan Yang di-Pertua PAS kawasan Jasin dan juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri. Pemilihan anak jati  Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.


Yuhaizad Abdullah

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Lirik Lagu 6ixth Sense-Menyesal


Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri


Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku


Hanya dirimu
Tulus cintaku


Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku


Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

Wednesday, February 23, 2011

Muammar Gaddafi Halal Dibunuh!! -Al-Qaradawi

Baru-baru ini stesen TV Al-Jazeera telah menyiarkan fatwa yang dikeluarkan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi mewajibkan PM Libya dibunuh dan ianya sebagai jihad. Fatwa ini dikeluarkan sejurus selepas PM Libya itu membunuh ratusan malahan mencecah ribuan rakyatnya untuk menghalang rakyatnya terus berdemonstrasi menggesa beliau melepaskan jawatannya dengan menggunakan bom dan sebagainya di Libya. Untuk pengetahuan umum, Syeikh Yusuf Al 1Qaradawi merupakan ketua Persatuan Ulama' Sedunia dan telah banyak mengeluarkan fatwa terhadap isu-isu semasa.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

Syeikh al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

Maksudnya :

"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

Malaysia 2-0 Pakistan (Kelayakan Olimpik)

Malaysia sebentar tadi berjaya mengalahkan pasukan Pakistan dalam sukan bola sepak dengan keputusan 2-0. Keputusan ini membolehkan pasukan Malaysia membawa bekal yang agak selesa untuk di bawa ketika perlawanan dengan Pakistan di negara mereka dalam perlawanan timbal balik. Tetapi apa-apa pun ucapan tahniah wajar diberikan kepada pasukan olimpik Malaysia kerana telah mencuba yang terbaik untuk mengalahkan Pakistan.

Banyak peluang yang hadir untuk pasukan Malaysia menambah gol hanya terlepas begitu sahaja kerana para penyerang Malaysia gagak menggunakan peluang yang ada untuk menambah gol. Ini ditambah dengan pasukan Pakistan terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas salah satu pemain Pakistan mengasari penjaga gol Malaysia,Khairul Fahmi.

Namun begitu, tahap pemain muda Malaysia ini amat memberangsangkan dan menunjukkan sedikit peningkatan di arena antarabangsa. Didoakan supaya pasukan Malaysia dapat meneruskan cabaran untuk layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik yang akan diadakan pada tahun 2012.

Maher Zain-Awaken with Lyric



We were given so many prizes

We changed the desert into oasis
We built buildings in different lenght and sizes
And we felt so very statiesfied



We bought and bought
we couldn't stop buying
We gave charity to the poor cause we couldn't stand their crying
We thaught we paid our dues but in fact
To ourselves we're just lying



Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves



I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves



We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa del Sol
We made show we were seen in the most exclusive shops
Yes we felt so very statisfied



We felt our money gave us infinit power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have anytime to lose...when we were(were)
So busy feeling so statisfied




I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves (2x)




We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold



To fill the emptiness we bought and bought
Maybe all the fancy cars and bling will make us statisfied



My dear brother and sister it's time to change inside
Open your eyes...Don't throw away what's right aside
Before the day comes when there's nowhere to run and hide
Now ask yourself...cause Allah's watching you



Is he statisfied?...Is Allah satisfied?(3x)



Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west

When in fact all focus should be on ourselves(2x) 

Tuesday, February 22, 2011

Awie-Cinta Kristal (ost HKLBR)




Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3x)

Monday, February 21, 2011

Bob Lokman Sertai PAS!!

Satu kejutan bagi aku apabila mengetahui bahawa seorang artis Malaysia, Bob Lokman memutuskan untuk memilih Parti Islam Semalaysia (PAS) sebagai wadah perjuangan beliau dalam menghadapi kehidupan ini. Beliau menyerahakan borang keahlian pada sabtu kepada Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak d hadapan ribuan pemuda PAS. Perkara ini jarang dilakukan oleh artis-artis di Malaysia. Aku tak mahu komen lebih hanya lihat video di bawah ini..

Sunday, February 20, 2011

Meminum Air Dimasuki Lalat

Mungkin ramai di luar sana tertanya-tanya samada bolehkah minum air yang dimasuki lalat?? Mungkinkah kita boleh dijangkiti penyakit jika minum air yang dimasuki lalat??. Adakah hadis yang menyatakan permasalahan ini?? Hadis tentang lalat yang masuk ke dalam air minuman memang wujud. Hadis ini menurut ulama adalah sahih  yang diriwayatkan Imam al-Bukhari.


Rasulullah S.A.Wbersabda (mahfumnya): "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman kamu, maka hendaklah direndamkan (ditenggelamkan) lalat ke dalam air minuman itu, sesungguhnyapada salah satu sayapnya ada penyakit dan sayap yang satu lagi ada penawar kepada penyakit tadi"


Menurut hadis di atas, maka tejawablah segala persoalan  tentang lalat yang tejatuh ke dalam air minuman. Kita cuma perlu merendamkan keseluruhan lalat ini sebelum minum semula. Perlu diingat bahawa segala pertuturan Rasulullah adalah benar sama sekali yang tiada keraguan. Oleh itu, kita janganlah takut dan terus buang air yang telah dimasuki lalat. Ini juga dapat mengelakkan pembaziran yang umum mengatahui pembaziran adalah amalan syaitan,

PRK Merlimau Dan Kerdau Serentak!!

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil secara serentak di dua DUN iaitu di Merlimau dan Kerdau. Pilihan Raya akan diadakan pada 6 Mac dan hari penamaan calon pada 26 Februari ini. Kerusi Merlimau dan Kerdau terpaksa diadakan selepas penyandangnya meninggal dunia. 


Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah kediamannya pada 12 Februari lalu. Manakala di Merlimau, keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil telah diputuskan pada bulan lalu.


Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-15 dan ke-16 selepas pilihan raya umun ke-12 pada 2008. Ini juga pilihan raya kecil pertama di Melaka dan di Pahang. Pada pilihan raya umum lalu, kerusi Kerdau telah dimenangi calon BN dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala calon PAS mendapat 2,520 undi.

Thursday, February 17, 2011

Pilihan Raya Merlimau

Negara ini sekali lagi akan mengadakan pilihan raya kecil kali ini di Merlimau,Melaka. Sedang rakyat menumpukan kepada pilihan raya kecil Tenang yang baru melabuhkan tirainya dengan di menangi calon BN, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan kematian seorang lagi wakil rakyat iaitu Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan. Pada PRU-12 lalu, kerusi ini telah dimenangi oleh Datuk Mohamad Hidhir dengan menewaskan calon Pas dengan majoriti 2,154 undi jauh lebih kecil berbanding pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004.


Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah bermesyuarat dan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Merlimau pada 6 Mac dan tarikh penamaan calon pada 26 Februari ini. Rakyat di negara ini sekali lagi akan menyaksikan persaingan antara PAS dan BN. Ini akan menjadi platform terbaik bagi kedua belah parti untuk menguji jentera mereka menjelang PRU ke-13 yang bakal tiba terutama jentera parti di Melaka. Calon PAS dijangka akan diumumkan pada 24 Februari manakala BN pula mengumumkan sehari sebelum itu pada 23 Februari.

Selain itu, sekali lagi negara dikejutkan oleh kematian satu lagi wakil rakyat kali ini di Kerdau, Pahang. Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-16 sejak PRU 2008. Di yakini bahawa PAS dan BN sekali lagi akan bertempur dalam pilihan raya kecil ini.

Diharapkan kedua-dua parti dapat berkempen secara berhemah dan aman. Tidak perlu wujudnya fitnah-memfitnah dan sogok-menyogok antara kedua belah parti. Ini juga menjadi landasan yang tepat untuk kedua-dua parti untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti masing-masing. Insha Allah parti terbaik akan menang. Semuanya berada dalam ketentuan Allah.
Jika mahu tahu siapa calon di Merlimau, klik link ini  Calon BN dan PAS

kedudukan Merlimau

Wednesday, February 16, 2011

Hosni Mubarak Tenat??

Berita tadi ada melaporkan bahawa bekas presiden Mesir Hosni Mubarak kini sakit tenat. Laporan berita semalam menyatakan bahawa Hosni Mubarak pengsan ketika berada di pusat peranginan di Laut Merah. Kalau berita ini benar, maka ini mungkin balasan dari Tuhan kepada Hosni Mubarak kerana telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun.

Menurut satu sumber, Hosni mahu bersendirian dan meninggal dunia di tanah airnya. Sumber itu menyatakan, bekas presiden tersebut enggan menerima sebarang rawatan perubatan. Pada tahun lalu, dia menerima rawatan sakit hempedu di sebuah klinik di Jerman. "Kematiannya akan hanya menunggu masa sahaja," kata sumber berkenaan.

Sumber itu menafikan bahawa Hosni akan menulis memoir sebaliknya menyatakan, Honsi berada dalam keadaan hampir koma. Terdahulu, dua akhbar Mesir menyatakan bahawa bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan dan telah beberapa kali pengsan tetapi beliau enggan mengambil ubat.

Ini memberi peringatan kepada kita bahawa setiap kejahatan yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan dari Tuhan tidak kira samada di dunia atau di akhirat.

Dalam hal berkaitan Mesir, Ikhwanul Muslimun akan mendaftar sebagai sebuah parti politik di Mesir setelah pertubuhan itu tidak lagi diharamkan. Ikhwanul Muslimun pernah diharamkan oleh rejim Hosni Mubarak sebelum berlakunya revolusi rakyat. Namun, itu tidak menghalang beberapa pemimpin mereka untuk bertanding dalam pilihan raya di Mesir atas nama parti bebas. Selain itu, Ikhwanul Muslimun tidak akan bertanding dalam merebut jawatan presiden.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Pada tarikh 15 Februari 2011 bersamaan 12 rabiul awal tahun 1432 hijrah kita akan menyambut Maulidur Rasul bersempena hari kelahiran Rasul junjungan kita Muhammad S.A.W. Pada hari inilah kita digalakkan banyakkan bersalawat ke atas nabi dan mengamalkan segala sunnahnya. Nabi Muhammad dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia agung yang ditugaskan membawa agama Allah iaitu Islam. Beliau mendapat pelbagai tentangan dan dugaan untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini. Tanpa mengira penat lelah dan berbekalkan iman yang kuat, beliau berusaha untuk menyebarkan Islam yang menjadi sinar baru kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. Jadi sepatutnya tidaklah menjadi keberatan kepada seluruh umat Islam untuk mengingati hari kelahiran Nabi junjungan kita ini.


Perlu diingatkan bahawa mengingati Rasulullah bukanlah khusus pada 12 Rabiul Awal, tapi perlulah diingati setiap waktu supaya kita mendapat syafaatnya di akhirat kelak. Kita juga harus sentiasa bersalawat kepada Baginda dengan kerap seperti dengan petikan Al-Quran ayat 56 Surah al Ahzaab, “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” Jika kita sedar terutama dalam kalangan lelaki bahawa ayat ini sering dibaca sebelum khutbah Jumaat yang menyeru supaya kita bersalawat.


Sesungguhnya Baginda S.A.W merupakan satu contoh tauladan yang terbaik kepada seluruh manusia kerana sifatnya yang mulia. Apalah bagi kita dugaan yang menimpa jika hendak dibandingkan dengan dugaan yang diterima Baginda. Baginda diperangi,dimusuhi,diugut,difitnah dan lain-lain lagi dalam usaha menyebarkan Islam. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan segala sunah Rasulullah dan mengikuti segala perbuatan dan sifat Baginda.


SALAM MAULIDUR RASUL      



Saturday, February 12, 2011

Valentine's Day Menurut Islam

Pada tanggal 14hb  Febuari sinonim dengan sambutan Hari Kekasih atau lazimnya disebut sebagai 'Valentine's Day'. Pada tanggal ini dikatakan kononya hari yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan kasih sayang kita terhadap pasangan kita. Menurut pengamatan aku, mereka sinonimnya memberi hadiah kepada pasangan mereka untuk membuktikan kasih sayang mereka terhadap pasangan mereka. Mereka akan duduk berdua-duaan di merata-rata tempat tanpa menyedari bahawa selain mereka budua ada orang yang ketiga di tengah-tengah iaitu syaitan. Syaitan akan cuba menghasut mereka sehingga terjerumus ke jurang maksiat. Hasilnya,kita boleh melihat berita-berita di TV,surat khabar dan pelbagai sumber lagi di mana ramai pasangan akan ditangkap berkhalwat di hotel-hotel murah,di dalam kereta dan sebagainya. Apa yang menyedihkan ialah kita dapat melihat ramai umat Islam terutama dalam kalangan remaja dan muda-mudi ISLAM melakukan perkara yang dilarang ini.


SEJARAH SAMBUTAN VALENTINE



ØPendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.




HUKUM MENYAMBUT VALENTINE


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
 Keterangan/Hujah: 
Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                                                             ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                       (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

Friday, February 11, 2011

Tahniah Buat Rakyat Mesir

Ucapan tahniah diberikan untuk rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan rejim Hosni Mubarak. Akhirnya penantian mereka selama 18 hari terbalas dengan pengumuman perletakkan jawatan Hosni Mubarak yang diumumkan oleh Naib Presidennya. Berita yang dinanti-nantikan ini disambut meriah dan melaungkan 'Allahu Akbar' oleh seluruh rakyat Mesir yang sudah berhimpun di Dataran Tahrir sejak 18 hari yang lalu. Ini membuktikan bahawa rakyat Mesir kini sedar dan tidak mahu lagi bernaung di bawah kerajaan diktator yang zalim. Hosni Mubarak telah memerintah  Mesir selama 30 tahun secara diktator kini telah meninggalkan Kaherah dan berlindung di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Kini, pentadbiran Mesir diambil alih sementara oleh Majlis Tentera. Rakyat Mesir kini mengharapkan Majlis Tentera dapat melaksanakan pengalihan kuasa secara adil,telus dan demokrasi. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada semua kerajaan di dunia ini supaya melaksanakan pemerintahan dengan amanah.

Hold My Hand-Maher Zain


I hear the flower’s kinda crying loud 
The breeze’s sound in sad 
Oh no 
Tell me when did we become, 
So cold and empty inside 
Lost a way long time ago 
Did we really turn out blind 
We don’t see that we keep hurting each other no 
All we do is just fight 

Now we share the same bright sun, 
The same round moon 
Why don’t we share the same love 
Tell me why not 
Life is shorter than most have thought 

Hold My Hand 
There are many ways to do it right 
Hold My Hand 
Turn around and see what we have left behind 
Hold My Hand my friend 
We can save the good spirit of me and you 
For another chance 
And let’s pray for a beautiful world 
A beautiful world I share with you 

Children seem like they’ve lost their smile 
On the new blooded playgrounds 
Oh no 
How could we ignore , heartbreaking crying sounds 
And we’re still going on 
Like nobody really cares 
And we just stopped feeling all the pain because 
Like it’s a daily basic affair 

Now we share the same bright sun, 
The same round moon 
Why don’t we share the same love 
Tell me why not 
Life is shorter than most have thought 

Hold My Hand 
There are many ways to do it right 
Hold My Hand 
Turn around and see what we have left behind 
Hold My Hand my friend 
We can save the good spirit of me and you 
For another chance 
And let’s pray for a beautiful world 
A beautiful world I share with you 

No matter how far I might be 
I’m always gonne be your neighbor 
There’s only one small planet where to be 
So I’m always gonna be your neighbor 
We cannot hide, we can’t deny 
That we’re always gonna be neighbors 
You’re neighbor, my neighbor 
We’re neighbors 

So Hold My Hand 
There are many ways to do it right 
Hold My Hand 

Turn around and see what have left behind 

So Hold My Hand 
There are many ways to do it right 
Hold My Hand 
Turn around and see what have left behind 
Hold My Hand my friend 
We can save the good spirit of me and you 
For another chance 
And let’s pray for a beautiful world 
A beautiful world I share with you

Thursday, February 10, 2011

Panji-Panji Hitam

Kali ini aku nak berkongsi pengetahuan aku tentang pasukan Panji-Panji Hitam yang akan menjadi pencetus kepada kebangkitan Islam di dunia ini. Terdapat beberapa hadis yang menyatakan akan wujudnya pasukan Panji-Panji Hitam ini pada akhir zaman. Berikut adalah sebahagian antaranya.

Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilahmereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)


Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)



Sabda Nabi :


Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)



Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)




“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.”
(Riwayat Ahmad)


Pasukan Panji-Panji Hitam merupakan para tentera kepada Imam Mahdi dalam membanteras kezaliman dan ketadakadilan dalam pelbagai aspek terutama dalam aspek pemerintahan. Mereka akan menegakkan semula syiar Islam yang kini seperti sudah ditinggalkan. diingatkan bahawa kita kini sedang berada di zaman penindasan dan penzaliman (zaman diktator) seperti dalam hadis di atas. Selepas ini akan berlakulah Zaman Kekhalifahan. Ini bermakna kita semakin menghampiran hari penghabisan iaitu hari kiamat. 


 Panji-Panji Hitam

 Ini hanya ilustrasi 

Sekian terima kasih..

Wednesday, February 9, 2011

Bola Sepak

Baru sebentar tadi pasukan Malaysia memenangi perlawanan menentang pasukan Hong Kong dengan keputusan  2-0. Dengan kemenangan ini melebarkan lagi kejayaan pasukan Malaysia di persada dunia. Selepas ini pasukan Malaysia akan bertemu India di New Delhi. Harap pasukan Malaysia memperoleh satu lagi kejayaan. Inshallah. Untuk pengetahuan semua, Malaysia kini berada di kedudukan ke-140 dunia. Dengan merujuk angka ini, menampakkan bahawa pasuka negara perlu lebih banyak lagi usaha untuk menjadi pasukan yang digeruni seperti zaman Mokhtar Dahari. Pasukan negara perlu lebih banyak perlawanan persahabatab dengan pasukan luar terutama pasukan yang lebih kuat dan mantap. Dengan cara ini akan dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain negara. Dengan cara ini juga akan dapat memperbaiki corak permainan negara supaya lebih mantap.

Pemain negara juga perlu di beri peluang untuk bermain di liga-liga professional lain di luar negara yang semestinya lebih mencabar. Salah seorang pemain negara, Safee Sali telah pun mengorak langkah pertama dengan menyertai pasukan dari Indonesia iaitu Pelita Jaya FC. Walaupun kelab ini bukanlah pasukan yang kuat, tetapi ini akan dapat memberikan sedikit pendedahan dan pengalaman baru kepada Safee Sali dalam usaha untuk menjadi pemain yang berjaya.

safee sali
Pelita Jaya FC

Pelita Jaya FC berkedudukan tercorot dalam liga super Indonesia. Namun begitu, dengan kehadiran pemain negara kita dapat membantu pasukan itu untuk mencapai kejayaan.Ini akan membuka lebih banyak peluang pemain negara untuk berhijrah ke sana dan membuktikan pemain negara boleh bermain dengan baik walaupun di mana pun berada. Di harapkan selepas ini pemain negara dapat menarik perhatian kelab yang lebih kuat terutama di Indonesia seperti Persipura, Persib Bandung, Persiwa dan sebagainya. Jika pemain negara berjaya di sana barulah boleh berkira-kira untuk bermain di liga-liga utama lain di dunia.

Monday, February 7, 2011

Imam Mahdi

Al-Mahdi atau Imam Mahdi semestinya akan muncul untuk mengajak umat Islam bersatu dan bangkit untuk menegakkan syariah Islam di seluruh pelusuk dunia. Kedatangan imam mahdi akan sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Tetapi sebelum itu, persoalan yang mungkin timbul ialah siapakah Imam Mahdi?? Imam Mahdi adalah seorang utusan Allah pada akhir zaman untuk menegakkan kembali syariah Islam di seluruh dunia. Imam Mahdi berasal daripada keturunan Rasulullah S.A.W. Apa yang menariknya, nama sebenar Imam Mahdi serupa dengan nama Rasulullah S.A.W iaitu Muhammad Bin Abdullah. 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Antara ciri-ciri Imam Mahdi telah diterangkan dalam hadis di bawah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim

Menurut sesetengah ulama, Imam Mahdi akan muncul sebelum munculnya Dajjal. Imam Mahdi akan memimpin umat Islam selama 7,8 atau 9 tahun. Semasa kepimpinan beliau akan memerangi kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan sehinggakan satu demi satu kezaliman dapat diatasi. Selain itu, Imam Mahdi akan menegakkan semula sistem khilafah di muka bumi ini seperti yang berlaku di zaman sahabat-sahabat nabi. Ini kemudiannya akan dituruti oleh kemunculan Raja kepada segala kejahatan iaitu Dajjal. Untuk pengetahuan umum, Dajjal mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang hebat dan luar biasa sehinggakan satu persatu umat Islam terpengaruh kepadanya. Kemunculan Dajjal dikatakan ketika berlakunya musim kemarau yang panjang. Dajjal akan mengaku dirinya sebagai Tuhan dengan  membuktikan dakwaannya dengan menghidupkan orang yang telah mati. Oleh itu, ramai yang percaya dan terpengaruh dengan dakwaanya itu. Hanya orang yang beriman terselamat.

Dajjal akan bermaharajalela selama 40 hari. Ini dapat dibahagikan dengan hari yang pertama panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua panjangnya seperti sebulan. Hari yang ketiga panjangnya seperti seminggu dan hari seterusnya berjalan seperti biasa. Hanya dua tempat yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah kerana dikawal oleh Malaikat. Akibat dari kemarahannya, Dajjal akan menghentakkan kakinya dan berlakulah gempa bumi. Ini akan menyebabkan orang ramai keluar dari dua tempat itu dan diperangkap oleh Dajjal.

Oleh kerana Imam Mahdi bukanlah tandingan Dajjal,seiring dengan takdir dan janji Allah akan turunnya Nabi Isa yang ditugaskan untuk membunuh Dajjal . Nabi Isa dengan bantuan Imam Mahdi dapat membunuh Dajjal serta pengikutnya. Maka tertegaklah agama Islam di seluruh dunia.

Sunday, February 6, 2011

Mesir dan Amerika

Selepas berlakunya pergolakan di Tunisia, kini merebak pula ke Mesir dan negara arab lain seperti Yaman. Jika dilihat, kesemua pergolakkan ini cuba ingin menjatuhkan kerajaan diktaktor dan cuba untuk menegakkan kembali agama Islam. Adakah ini permulaan dan pencetus kepada kebangkitan Islam seperti yang dijanjikan Allah?? Itu semua hanya dalam pengetahuan Allah. Apa yang cuba ditekankan ialah semua yang terjadi ini berlaku di negara-negara Arab yang selama ini tunduk kepada Amerika dan sekutunya, Israel. Keadaan ini cukup menggerunkan Amerika serta sekutunya itu. Kejadian yang tidak disangkakan berlaku secara tiba-tiba apabila rakyat bangkit untuk menuntut hak dan kebebasan mereka. Kebangkitan rakyat di Mesir diketuai oleh  kumpulan Ikhwanul Muslimin. Yang mereka mahukan ialah rejim Hosni Mubarak digulinggkan dengan segera dan dilaksanakan pemerintahan yang lebih adil. 

Sudah sedia maklum, Mesir merupakan sekutu kuat Amerika di Timur Tengah sejak hampir 50 tahun. Selain itu, Mesir juga merupakan pintu utama ke Palestin yang selama ini ditutup bagi menjaga keselamatan Israel. Selain itu, Terusan Suez terletak di Mesir yang menjadi laluan utama minyak dan gas ke seluruh dunia.Oleh itu, Amerika seboleh -bolehnya mahu rejim Hosni Mubarak kekal di tampuk pemerintahan Mesir demi menjaga kepentingan ekonomi mereka. 

Antara sebab rakyat Mesir bangkit menentang kerajaan ialah rejim Hosni Mubarak telah memerintah selama 30 tahun secara kuku besi. Selain itu, Tiadanya ruang untuk bersuara di Mesir serta kadar rasuah yang tinggi dan penyalahgunaan kuasa. Kenaikkan harga barang keperluan harian dan peningkatan kadar pengangguran menjadi salah satu faktor tercetusnya kebangkitan rakyat. Ini juga disebabkan kadar kemiskinan yang tinggi sehingga 70% di mana pendapatan harian hanya $4. Dalam pada itu, kesedaran generasi muda serta penggunaan media baru seperti Facebook dan Twitter yang menggerakkan mereka turun ke jalan raya. 

Bagi Amerika, segala kekejaman Mesir ini bukan manjadi masalah kepada mereka. Bagi mereka, alasan untuk mengekalkan rejim Hosni di Mesir ialah ancaman daripada Ikhwanul Muslimin kerana sekiranya Ikhwanul Muslimin berkuasa, kemungkinan satu kerajaan yang mengikut syariah Islam akan tertubuh di Mesir. Ini akan menggugat kedudukan mereka sebagai kuasa besar dunia. 

Go To H**l Hosni!!



 Ikhwanul Muslimin

Friday, February 4, 2011

Iblis..

Kali ini aku nak bercakap pasal Iblis. Ini bertujuan untuk memberi peringatan supaya kita lebih berhati-hati.

1.Orang Yang Di Musuhi Iblis
  • Rasulullah
  • Orang beriman yg pengasih dan penyanyang
  • Orang berimanyg suka memberi nasihat
  • Orang beriman yg sentiasa bertaubat di atas dosanya
  • Orang beriman yg berakhlak mulia
  • Orang beriman yg byk bersedekah
  • Orang beriman yg memberi manfaat kpd umum
  • Orang beriman yg sentiasa berwuduk
  • Orang beriman yg tidakmelakukan perkara haram
  • Orang beriman yg mengerjakan solat dgn khusyuk
  • Ketua negara,pemerintah yg adil
  • Peniaga yg jujur dan amanah
  • Orang beriman yg istiqamah membaca Al-Quran
  • Orang yg bangunsolat di waktu tgh malam ketika orang lain tidur
  • Para ulama' dan wali Allah
  • Orang yg sentiasa ingat akan Allah
  • Orang yg sentiasa ingat kematian
2.Orang Yang Menjadi Sahabat Iblis
  • Orang kaya yg sombong
  • Peminum arak
  • Hakim yg tidak adil
  • Peniaga yg tidak jujur
  • Orang yg tidak mengeluarkan zakat
  • Orang yg meringankan solat
  • Orang yg memakan harta anak yatim
  • Orang yg beramal kerana nama
  • Orang yg suka duduk termenung dan mengelamun
  • penghasut dan pendengki bila orang lain mendapat kesenangan
  • Orang yg lalai dlm ibadat
  • Orang yg memungkiri janji
  • Orang munafik
  • Orang yg selalu lakukan dosa besar
Sebenarnya byk lagi yg aku nk perkatakan pasal iblis ni. Tapi kerana masa tidak mengizinkan aku terpaksa berhenti setakat ini saja. Maybe aku sambung lain kali. Segala kesilapan harap di maafkan

Kematian..

Kali ini aku nk berkongsi sedikit apa yang aku dengar dlm khutbah Jumaat tadi dan mungkin ada penambahan atas pengetahuan aku. Setiap makhluk di muka bumi ini pasti menghadapi kematian. Itu sudah pasti!! Tapi kita tidak tahu bilakah dan bagaimanakah ia terjadi terhadap diri kita. Kita pun tidak pasti apakah nasib kita di alam kematian. Adakah kita mengalami nasib yang baik ataupun sebaliknya?? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Oleh itu, kita haruslah sedar bahawa setiap detik akan menghampirkan diri kita kepada kematian.

Selain itu, selepas kita mengalami proses kematian, kita kemudiannya akan memasuki alam kedua terakhir iaitu alam kubur atau juga dikenali sebagai alam barzakh. Segala yang berlaku di alam barzakh akan menentukan masa depan kita di alam akhirat. Jika kita mendapat nikmat di alam barzakh, situasi yang berlaku di alam akhirat akan menjadi lebih mudah lagi. Tetapi jika kita mendapat azab di alam barzakh, sudah semestinya akan lebih pedih dan susah lagi yang dilalui selepas itu di alam akhirat.

Oleh itu, sementara kita masih mempunyai masa ini, kita haruslah sedar bahawa setiap apa yang dilakukan walaupun sebesar zarah semestinya akan dihitung oleh neraca Al-Mizan. Kita janganlah terlalu leka mengejar kesenangan di dunia hinggakan lupa akan nasib kita di akhirat kelak. Kita juga haruslah sentiasa mengingati kematian supaya kita sentiasa berhati-hati dan dengan cara mengingati kematian jugalah kita akan sentiasa melakukan amal ibadat kepada Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Cara yang termudah untuk mengingati kematian ialah dengan menziarahi kubur dan mengambil iktibar daripadanya.

Selain itu, kita haruslah sentiasa bertaubat kepada Allah. Rasulullah sendiri yang umum mengetahui sebagai maksum(terhidar drpd perkara yg mendatangkan dosa) bertaubat kepada Allah sebanyak lebih 70 kali sehari

Sabda Rasulullah saw : “ Demi Allah! Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah dan bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali.” (Hr. Bukhari)



Inikan kita sebagai seorang manusia yang hina dan sentiasa melakukan kesilapan sepatutnya bertaubat kepada Allah lebih daripada itu. Selain itu kita hendaklah sentiasa berdoa meminta pertolongan Allah untuk menghindarkan kita daripada segala kejahatan. Masa yang paling sesuai untuk kita berdoa ke Hadrat Ilahi ialah kita kita sujud di dalam solat


Sabdanya yang bermaksud:


Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.


Di bawah ini disediakan doa yang lazim dibacakan. Renungkan-renungkan selamat beramal..




Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.





ALLAHUAKBAR!!