Wednesday, March 2, 2011

Enjin Carian (search engine)

Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu enjin carian atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai search engine. Secara umumnya, enjin carian ialah sebuah pengkalan data yang menyimpan segala pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Sebagai contahnya apabila anda menaip IrfanzBlog pada enjin carian, ia akan mencari kata kunci atau pautan yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pengkalan data. Sebagai hasilnya, apabila kata kunci yang dimasukkan dijumpai, maka segala laman web yang berkaitan akan dipaparkan kepada anda. 


Untuk pengetahuan semua, bukan semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja dan sesetengah yang lain akan mengindeks kandungan sesuatu laman web sahaja. Pengkalan data bagi enjin carian disusun oleh 'spiders'. Spiders ialah robot yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.


Apabila spider ini masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil 'crawling'. Dalam proses ini, 'spider' akan mengumpul semua perkataan yang terdapat di dalam laman web tersebut dan diindekskan ke dalam pengkalan data yang dikenali sebagai proses indexing.





Enjin carian yang paling popular dan banyak digunakan ialah Google. Ini diikuti oleh Yahoo! dan Bing masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Ini diukur berdasarkan jumlah pengguna seluruh dunia yang menggunakan sesuatu enjin carian.

No comments:

Post a Comment