Tuesday, October 29, 2013

Final Piala Malaysia: Kelantan VS Pahang

Akhirnya, Piala Malaysia sampai ke peringkat akhir untuk musim 2013. Pada peringkat akhir kali ini akan menemukan juara bertahan, Kelantan akan bertemu dengan pasukan Pahang. Kelantan yang terkenal dengan gelaran The Red Warrior sekali lagi berjaya melayakkan diri ke final pada musim 2013 dalam misi mempertahankan kejuaraan mereka. Berbeza dengan musim lepas, kali ini Kelantan akan bertemu satu lagi pasukan dari pantai timur, Pahang yang sinonim dengan panggilan Tok Gajah. 

Mereka akan bertemu di perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 03 November 2013 bersamaan hari ahad di Stadium Shah Alam. Bagi yang tak berkesempatan untuk ke stadium, boleh lah menonton di rumah, skrin besar, kedai yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena ch801. 

Hogoh Pahang Hogoh, Gomo Kelate Gomo..!!

Thursday, October 24, 2013

Super Show 5 In Malaysia

Kumpulan K-Pop terkenal, Super Junior akan mengadakan konsert jelajah mereka di Malaysia. Konsert jelajah yang dipanggil Super Show 5 akan diadakan pada 23hb November 2013 di Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 


Super Junior merupakan antara kumpulan K-Pop paling terkenal dan menjadi kegilaan ramai yang sering mangadakan konsert di Malaysia. Fan mereka lebih dikenali sebagai Elf atau nama panjangnya EverLastingFriends sememangnya ramai di Malaysia terutama dalam kalangan wanita. Jadi tidak hairanlah kenapa Super Junior sering berkunjung di sini. 
Akhirnya, Sapphire Blue Ocean sekali lagi akan berlaku di Malaysia. 

Segala maklumat tiket, seat tentang konsert SS5 ini bolehlah berkunjung ke Star Planet

BlackBerry Messenger (BBM) For iPhone And Android

Akhirnya, BlackBerry telah pun melancarkan applikasi messenger mereka yang lebih dikenali sebagai BlackBerry Messenger (BBM) untuk platform iOS dan android. Dengan pelancaran ini membolehkan pengguna iOS dan Android untuk menggunakan apllikasi BBM. Apa yang menariknya, applikasi ini boleh didapati secara PERCUMA di Play Store untuk pengguna Android dan App Store untuk pengguna iOS. Pelancaran BBM untuk Android dan iOS mungkin dapat menjadi batu loincatan untuk Blackberry untuk bangkit dan bersaing dengan Android dan iOS. 

-Blackberry Messenger-


Sejak dilancarkan, Blackberry menerima jutaan muat turun untuk aplikasi BBM. Disebabkan itu, kepada pengguna yang baru muat turun, mereka terpaksa menunggu lama untuk pengesahan melalui e-mail daripada Blackberry. Setelah mendapat pengesahan dari Blackberry, barulah pengguna boleh menggunakan apllikasi BBM tersebut. BBM juga akan menjadi pesaing terbaru kepada Whatsapp, Wechat, Line dan lain-lain apllikasi chat.


Thursday, April 18, 2013

Demam Pilihan Raya!!



Nampaknya, semakin hari semakin terasa bahang Pilihan Raya Umum ke 13. Ini kerana setiap hari media arus perdana dan media alternatif seperti facebook dan twitter semakin rancak menyiarkan berita-berita tentang persiapan pilihan raya parti-parti politik yang bertanding. PRU ke 13 ini akan dilangsungkan pada 5 Mei 2013 manakala penamaan calon pada 20 April 2013. Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 15 hari. 



Ini ditambah oleh lambakan bendera parti-parti politik yang bertanding dipasang di tepi-tepi jalan sebagai kempen permulaan untuk menarik minat pengundi untuk mengundi parti mereka. PRU 13 ini dijangkan akan berlangsung sengit di mana Pakatan Rakyat (PR) akan cuba sedaya upaya untuk buat pertama kalinya memerintah Malaysia seterusnya menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang buat pertama kalinya. Pakatan Rakyat menggunakan kaedah ceramah untuk dekati pengundi dan media alternatif untuk berkempen dan membentangkan manifesto mereka.

Namun begitu, BN akan berusaha untuk mengekalkan kuasa mereka dengan melakukan pelbagai cara berkempen dengan menggunakan segala kelebihan yang mereka ada seperti televisyen untuk berkempen. BN juga telah menggunakan media alternatif untuk berkempen sebagai menyaingi Pakatan Rakyat yang selama ini menggunakan media alternatif untuk berkempen.

Untuk pengundi di luar sana, diharap dapat melakukan pilihan yang terbaik demi masa depan Agama dan Negara. Berfikiran terbuka dengan melihat kepada kedua-dua belah pihak supaya dapat menilai yang mana terbaik untuk negara. Bayakkan berdoa dan buatlah solat istikharah meminta petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya. Ingatlah, setiap undian kita akan dipersoalkan oleh malaikat mungkar nangkir nanti. Pilihlah Parti yang ingin menegakkan Islam keseluruhannya di Malaysia ini.