Friday, April 25, 2014

Hukum Ber 'Couple'

Ber'couple' sudah menjadi trend terkini masyarakat di Malaysia kononya sebagai tanda cinta mereka terhadap pasangan mereka. Malah, pelajar sekolah pon sudah terjebak dengan budaya ber'couple'. Tetapi, apakah hukumnya ber'couple' menurut pandangan Islam?? Apakah dalil-dalil yang mengharamkan budaya Yahudi dan Nasrani ini??

Hukum berdua-duan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram. Hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari yang membawa maksud:

         "Jangan berdua-duan perempuan dengan lelaki melainkan oleh mahramnya"

Manakala dalam hadis yang direkodkan Muslim bermaksud:

         "Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya"

Maka jelaslah bahawa berpasangan atau biasanya disebut ber'couple' ini dilarang oleh Islam sama sekali. Jika mahukan seseorang itu nikah lebih baik. 

Begitu juga dengan berkawan antara lelaki dengan perempuan. Jaga adab pergaulan, maruah diri dan akhlak. Janganlah buat perkara yang tidak bermanfaat dan boleh mendekatkan diri kepada zina. InsyaAllah..