Sunday, June 22, 2014

Percutian Di Kundasang, Sabah

Entry kali ini aku ingin menceritakan tentang percutian aku dan keluarga ke negeri di bawah bayu, Sabah. Sesiapa yang melancung  ke Sabah tak sah kalau tak pergi ke Kundasang! Suasananya lebih kurang Cameron Highland kalau di Semenanjung. Maklumlah Kundasang terletak di kaki gunung Kinabalu.

Aku bertolak dari KLIA 2 dalam lebih kurang pukul 7.30 pagi. Jadi sampai di Sabah dalam pukul 10 pagi. So, sempatlah pergi round2 Kota Kinabalu sebelum ke Kundasang. Jika sampai di KK tak sah kalau tak singgah di Pasar Filipina. Boleh cuci2 mata tengok pelbagai jenis mutiara di jual disana. (orang yang jual pon boleh tahan).

Selepas puas round2 KK, kami bertolak ke Kundasang. Perkara pertama dibuat ialah cari tempat menginap yang telah pon ditempah. Kami menginap di Celyn Resort tak jauh dari Pekan Kundasang. Pening jugak nak cari jalan ke resort tersebut sebab agak tersembunyi.
Tempat yang wajib dikunjungi di Kundasang ialah seperti Kinabalu Park, Poring Hot Spring dan Mesilau, Dairy Farm dan Spa Ikan di Ranau. Jika anda pergi ke Kinabalu Park, tiket yang sama juga boleh digunakan di Poring Hot Spring dan Mesilau. Harga tiket amatlah berpatutan.

pemandangan dr resort!!

canopy walk kt Poring

pemandangan di Kinabalu Park!!

camera pon kena cas tau..


 Tapi, cuaca di Kundasang sukar dijangka. Tak banyak tempat dapat dikunjungi oleh kami di Kundasang. Kami cuma dapat pergi di Kinabalu Park, Poring Hot Spring dan Spa Ikan di Ranau. Kebanyakkan masa dihabiskan untuk cari tempat makan. Sebabnya, di sana tak semuanya kedai Muslim dan banyak anjing berkeliaran. Nak selamat makan je KFC ye.

Tak banyak gambar dapat diambil sebab kebanyakkan tempat dikenakan cas untuk menangkap gambar seperti di Spa Ikan di Ranau. Nak tau macam mana bolehlah google okay!! 

Mungkin jika ada rezeki, akan ke Sabah buat kali kedua untuk melawat lebih banyak lagi tempat yang menarik. 

Friday, June 20, 2014

Pengalaman Menaiki Air Asia

Kali ini aku nak menceritakan tentang pengalaman aku menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA 2 ke Kota Kinabalu. Sejujurnya ini first time aku menaiki kapal terbang (sadis betul ). Syarikat penerbangan yang aku pilih ialah Air Asia kerana mereka menawarkan tambang murah. Dah nama pon low cost airline mestilah tambangnya murahkan. Tambang pergi dan balik aku untuk enam orang (satu family) dalam RM2000 (murahkan??hiks). Sesuai dengan temanya Everyone Can Fly, akhirnya aku dapat jugak fly..huks huks (terharunya)

senyum tak perla kata ape2..


gambar nie masa da sampai KKIA


Secara keseluruhannya, servis mereka memang memuaskan. Tak ada masalah besar sepanjang berurusan dengan mereka. Tak hairanlah mereka dapat Best Low Cost Airline untuk 5 tahun berturut-turut. Pramugari mereka pon boleh tahan (lawa jugak!!). Cuma mereka nampak agak sukar untuk sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas dan pergerakan mereka agak kelam kabut. Mungkin disebabkan keadaan pesawat yang agak sempit (tapi selesa jugak) menampakkan mereka seperti kelam kabut. 

Satu lagi, aku lagi suka tengak pramugari mereka memakai jeans dari memakai skirt pendek mereka (kurang penyeksaan). Tapi bagi aku layanan dan response mereka memang bagus. Send my regards to thems..hehehe 

Selepas ini aku merancang untuk menaiki Air Asia X, Now Everyone Can Fly Xtra Long katenye. Jika dimurahkan rezeki dan diberikan kesempatan mungkin akan ke Korea Ke Kita kot (insyaAllah). 



Wednesday, June 18, 2014

Sepanyol Tewas Awal di Piala Dunia 2014

Penyandang juara Piala Dunia 2010, Sepanyol terpaksa menerima hakikat bahawa tewas awal di Piala Dunia 2014 setelah tewas kali kedua berturut-turut kepada Belanda dan Chile. Sepanyol yang turun sebagai pasukan nombor 1 dunia tewas 1-5 di tangan Belanda dan 0-2 di tangan Chile. Ini seterusnya memberi peluang kepada Belanda dan Chile untuk melangkah ke pusingan ke-2. Manakala Australia dan Sepanyol terpaksa pulang awal.


Sepanyol yang di bimbing oleh Vicente del Bosque bermain sangat hambar dengan hantaran yang kurang tepat dan pertahanan yang sungguh lemah memudahkan gawang mereka dibolosi sebanyak 7 kali dalam dua perlawanan. Mereka hanya berjaya menjaringkan 1 gol saja melalui sepakan penalti ketika menentang Belanda. 

Nampaknya La Roja kali ini bukanlah semantap dengan skuad semasa mereka memenangi Euro dan Piala Dunia lepas.