Sunday, April 17, 2011

Followers Blog

Rasa macam dah lama tak update blog nie. Kesibukan yang memanjang dan tidak dapat dielakkan menyebabkan blog ini terbiar seperti tiada bertuan. Nasib baik ada sedikit kesempatan pada malam nie tapi tak ade idea la pulak!! Tapi tangan nie gatal jugak nak update blog. So, aku paksakan diri ini untuk mengeluarkan idea. 

Aku nak cerita sikit pasal followers kt blog aku nie. Followers aku kalo nak dibandingkan dengan bloggers lain memang jauh ketinggalan. Namun bagi aku, dalam tiga bulan dalam dunia blog ini, followers aku hampir mencecah ke angka 100 orang. Ini bermakna dalam sebulan aku boleh memperoleh lebih kurang 30 orang followers. Inshallah angka tersebut akan terus meningkat. Cuma perlu rajinkan diri update blog dan mencari kenalan baru.

Peningkatan ini jugak sebenarnya berpunca dari Ben Ashaari. Ini kerana, walaupun baru dua kali aku join segment BA, peningkatan followers aku agak mendadak walaupun aku tak update blog selama beberapa hari kebelakangan nie. Kepada semua followers aku, inshallah aku akan follow korang balik tapi tolonglah tinggalkan link dishoutbox atau komen yg mengatakan korang da follow aku. Kadang-kadang aku tak dapat nak follow balik sebab tiada link yang ditinggalkan. So, sape-sape yang aku belum follow balik dan nak aku follow, sila tinggalkan link ok..Dan sesiapa yang belum follow tu anda digalakkan berbuat demikian. Terima Kasih..

1 comment: