Aku sebenarnya tak mahu tulis entry ini. Tapi setelah aku fikir-fikir aku terpaksa juga menulis entry ini untuk sekadar peringatan terutama kepada manusia yang mengaku dirinya sebagai ISLAM. Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kerana entry ini adalah berkaitan dengan politik dan isu semasa yang hangat diperkatakan iaitu isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.
Pada mulanya aku sengaja membaca komen-komen oleh pengguna Facebook mengenai video seks itu di page seseorang. Bukan untuk berpolitik, tapi lebih kepada untuk mencari maklumat untuk mencari kebenaran terhadap isu itu. Komen yang diberi seolah-olah menjadi perdebatan di antara mereka yang menafikan dan mereka yang percaya. Sampai satu tahap seseorang membangkitkan supaya isu ini menggunakan hukum Islam dengan mengenakan Qazaf. Tetapi jawapan yang diberikan adalah sangat mendukacitakan.
*Klik untuk imej yang lebih jelas
Itulah kenyataan yang dibuat oleh seseorang yang bagi aku menghina hukum yang diturunkan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang dilakukanNya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk makhluknya sepanjang masa. Islam ini adalah agama yang sesuai sepanjang zaman. Tak perlu penafsiran semula, penambahbaikkan, tak perlu ditambah dan dikurangkan kerana sifat agama Islam itu adalah sempurna. Jika ditambah atau diubah,maka hilanglah sifat kesempurnaanya. Hayati potongan ayat Al- Quran ini:-
Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)
manusia..... kadang2 mereka melampaui batasnya...
ReplyDeletemanusia yg jahil...
ReplyDeletebodo piang..... zina baru kena 4 saksi.... rogol lain cerita....
ReplyDeletebtol2..rogol itu dipaksa...tp zina kehendak dua2...
ReplyDeletehmmm...
ReplyDeletejawapan tuk orang mcm tu hanya mcm ni jer...
ReplyDelete"cube kalau adik atau mak hang kena rogol..apa hang buat..mesti hang buat tak tau jer an...mesti hang suke an..haha..aku tahu dah jawapan hang tu...tak payah uji akal..tengok muke tahu buduh..."