Wednesday, April 6, 2011

Pandangan Mengenai Video Seks Anwar Ibrahim


Adakah kamu semua sudah lihat video seks yang dikaitkan dengan seorang tokoh pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim?? Belum?? Nak tengok?? Cari sendiri di you tube. hehe. Aku bukannya taknak siarkan. Tapi demi keselamatan dan tidak mahu blog ini dilabelkan sebagai blog ala-ala 18 SX jadi aku ambil keputusan untuk tidak meng'upload' dalam blog ini.

Sebelum aku membebal membebel tak tentu pasal, marilah berbalik ke maksud asal entry ini. Sebagai salah seorang yang sudah melihat video seks ini, tapi setengah jalan je, aku rasakan  yang dalam video ini memang seakan-akan DS Anwar Ibrahim. Tetapi, kita tidak boleh katakan yang ianya DS Anwar. Ini disebabkan boleh jadi yang orang dalam video ini hanyalah pelanduk dua serupa. Menurut pengetahuan aku, setiap orang mempunyai kembar seiras sebanyak 7 orang. 

Orang di dalam video ini juga mempunyai sedikit kelainan dari DS Anwar. Aku telah meneliti susuk tubuh DS Anwar dan orang yang di dalam video ini. Memang terdapat perbezaan dari segi perut, dada, janggut dan cara berjalan. Manakal persamaannya pula ialah rambut dan muka yang seiras. 

Oleh itu, aku nasihatkan kepada semua janganlah kita terlebih dahulu menghakimi DS Anwar Ibrahim bahawa beliaulah yang ada  di dalam video ini. Ini kerana boleh jadi memang beliau dan boleh jadi ianya bukan.Jika ternyata bukan beliau ianya boleh menjadi fitnah kepada sesiapa yang menyebarkannya termasuk yang meniyakan. Setahu aku, DS Anwar sangat rapat dengan ulama' sepert DR Yusuf Qaradawi. Jadi kemungkinan untuk beliau berbuat demikian adalah tipis. Kalau kamu semua mempunyai pendapat yang bebeza aku dengan rasa rendah diri menghormati pendapat masing-masing. Ingat, aku bukan untuk menghasut dan berpolitik!! Hanya memberi pandangan peribadi.

Sekadar Renungan

Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah terlebih dahulu akan kebenaran
berita itu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."
(Al-Hujurat : 6) 

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,
kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -(QS An Nur 4)

No comments:

Post a Comment