Tuesday, April 12, 2011

Keputusan Liga Juara Eropah (Suku Akhir)

Barcelona dan Manchester United akhirnya menjadi pasukan yang terawal menempah tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Manchester United sebelum itu berjaya mengalahkan musuh tradisinya,Chelsea dengan keputusan 2-1 di Old Trafford. 


Gol-gol United telah dijaringkan oleh Chicharito dan Park Ji-Sung. Ini bermakna United menang ke atas Chelsea dengan agregat 3-1 setelah menumpaskan pasukan yang sama di tempat lawan. 

Selain itu, pasukan gergasi dari Sepanyol, Barcelona telah berjaya menumpaskan Sharktar Donetsk hasil jaringan Lionel Messi pada akhir separuh masa pertama. Barcelona yang sebelum itu menumpaskan Shaktar pada suku akhir pertama dengan 5-1 meneruskan penguasaan di Ukraine dan menang dengan agregat 6-1.

Dua lagi perlawanan akan berlangsung untuk menetukan lawan masing-masing di separuh akhir. Juara sembilan kali, Real Madrid akan bertandang ke Tottenham bagi memburu satu lagi tempat ke separuh akhir setelah lama tidak melakukan. Real Madrid yang berjaya menewaskan Tottenham 4-0 di Satiago Bernabeu. Semetara itu, Schalke mempunyai kelebihan ke atas Inter Milan selepas mengejutkan pasukan itu di tempat lawan. 

No comments:

Post a Comment