Wednesday, April 6, 2011

Pilihan Raya Sarawak

Pilihan raya negeri Sarawak kali bakal menyaksikan pertembungan sengit antara parti pemerintah dengan pihak pembangkang. Ini kerana, kesemua kerusi DUN di Sarawak menyaksikan pertandingan dan tiada calon yang menang tanpa bertanding. Pilihan raya negeri Sarawak juga kali ini menyaksikan banyak calon bebas bertanding untuk mencuba nasib pada PRU negeri Sarawak kali ini. 

Selain itu, dengan bermulanya tempoh berkempen selama 10 hari, pihak parti-parti yang bertanding tanpa melengahkan masa turun berkempen. Pelbagai isu tempatan dijangka dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. 

Bagi di pihak pembangkang, jika mereka dapat menawan Sarawak, mereka menamakan Baru Bian sebagai ketua menteri Sarawak. Baru yang merupakan calon bagi Pakatan Rakyat di DUN Ba'Kalalan akan turun menentang Wllilie Liau dari SPDP. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim di dalam blog beliau.

Selain itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud pula dijangka akan meletakkan jawatan beliau  apabila berakhirnya PRU Negeri Sarawak. Penggantinya masih belum diketahui. 

Untuk mengetahui senarai penuh pencalonan di PRU Negeri Sarawak anda boleh klik di link Calon di PRU Sarawak


Tunggu!! Apa nie??!! Misteri di sebalik link. Klik untuk mengetahui misterinya..

No comments:

Post a Comment