Aku baru sahaja pulang dari menghadiri satu majlis ilmu yang dibuat di Masjid Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka. Majlis ini dikendalikan oleh bekas Mufti Negeri Sembilan. Apa yang aku ingin kongsikan, sedang semua jemaah yang hadir tengah syok mentelaah ilmu, rupa-rupanya ada syaitan yang bertopengkan manusia dengan mencuri sebuah motorsikal yang diletakkan di dalam masjid. Motorsikal jenis apa aku tidak pasti.
Satu laporan polis telah pun dibuat dan diharapkan pencuri tersebut dapat diberkas. Tapi sehari sebelum itu, terdapat juga cubaan untuk mencuri motorsikal berlaku di masjid yang sama. Kisah kecurian di masjid memang sudah menjadi barah dalam masyarakat sekarang. Setahu aku, benda yang paling kerap dicuri ialah selipar para jemaah. Tindakan yang tidak bertamadun ini pernah aku alami. Antara barang kepunyaan aku yang pernah dicuri ialah selipar dan side miror motor. Di manakah letaknya hati nurani mereka??Bersenang-lenang atas kesusahan orang lain.
No comments:
Post a Comment