Thursday, April 21, 2011

Real Madrid Juara Copa Del Rey



Real Madrid akhirnya berjaya mengalahkan musuh tradisinya, Barcelona dalam perlawanan akhir Copa Del Rey atau juga dipanggil Piala Raja Sepanyol. Kemenangan ini sekali gus menamatkan badi Real Madrid ke atas Barcelona setelah sekian lama tidak berjaya mengalahkan pasukuan itu. 

Perlawanan yang digelar El Clasico itu berlangsung buat kali kedua berturut-turut selepas perlawanan liga tempoh hari yang berakhir dengan keputusan seri. Tetapi kali ini tuah berpihak kepada Real Madrid yang berjaya mengalahkan Barcelona dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain sensari Real, Christiano Ronaldo pada minit tambahan. 

Selepas ini Real Madrid sekali lagi akan menentang Barcelona pada separuh akhir Liga Juara Eropah.

No comments:

Post a Comment