Bersempena dengan hari Jumaat ini, aku terdetik untuk menulis entry yang lebih islamik. Setelah difikir-fikir, aku mengambil keputusan untuk menulis tentang neraka jahanam seperti yang terdapat di dalam hadis. Ini bukan rekaan aku semata-mata.
Dari Hadis Qudsi, Allah SWT berfirman, maksudnya: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panas terik matahari-Ku. Tahukah kamu bahawa neraka Jahanam-Ku itu:-
- Ada tujuh tingkat
- Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
- Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
- Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
- Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
- Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
- Setiap kotak mempunyai 70,000batang pokok zarqum
- Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
- Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandunigi lautan racun yang hitam pekat
- Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
- Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Wallaualam. Ini sebagai peringatan kepada kita supaya tidak melakukan maksiat yang akhirnya boleh membinasakan diri kita sendiri. Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri kita. Sama ada kita sanggup menyertai syaitan di dalam neraka yang sungguh dasyat ataupun syurga yang tenang selamanya. Baca, Renung, dan Beramal.
x dpt bayang .hmm .
ReplyDeletetakut nk bayangkan..
ReplyDeletextau pa yg nk d'katkan lagi
ReplyDeletetergamam??
ReplyDelete