Sunday, February 27, 2011

Apa Browser Terbaik??

Sekarang ini banyak jenis browser atau dikenali sebagai enjin carian internet yang dikeluarkan oleh banyak syarikat. Tetapi,sebagai pengguna kita keliru untuk memilih browser yang terbaik dan sesuai dengan diri kita. Apa yang lebih merunsingkan apabila kesemua pengeluar browser ini mengaku bahawa browser merekalah yang terbaik,terpantas,selamat dan sebagainya. Kalau mengikut senarai ranking yang tertinggi dalam senarai download dan mempunyai pengguna yang ramai diungguli oleh Mozilla Firefox mengatasi Google Chrome dan Internet Explorer.Mozilla Firefox berjaya memintas Internet Explorer bagi browser paling popular. Bagi saya, setiap browser memiliki setiap kelebihan dan kekurangan. Untuk menetukan browser yang terbaik untuk diri kita terletak pada diri kita sendiri untuk memilih yang mana satu untuk digunakan. 



Berikut merupakan senarai 5 browser paling popular 2010 sebagai rujukan untuk memilih.


1) Mozilla Firefox


2) Internet Explorer


3) Google Chrome


4) Safari


5) Opera


Oleh itu, terserah kepada anda sebagai pengguna untuk menilai browser yang terbaik untuk anda. Untuk melihat statistik yang dikeluarkan sila  klik sini.

4 comments:

  1. Undi Chrome n Firefox.. =)

    Sekarang pakai Chrome sebab cepat loading n paparan imej yg baik..

    Guna Firefox bila ada sesuatu yg ingin dimuat turun tanpa kaedah biasa macam di YouTube dll.. Firefox memang superb dalam hal Extension..

    ReplyDelete
  2. Chrome mmg agak pantas bila loading..lgpun ia agk simple dan mudah..

    ReplyDelete