Wednesday, February 23, 2011

Malaysia 2-0 Pakistan (Kelayakan Olimpik)

Malaysia sebentar tadi berjaya mengalahkan pasukan Pakistan dalam sukan bola sepak dengan keputusan 2-0. Keputusan ini membolehkan pasukan Malaysia membawa bekal yang agak selesa untuk di bawa ketika perlawanan dengan Pakistan di negara mereka dalam perlawanan timbal balik. Tetapi apa-apa pun ucapan tahniah wajar diberikan kepada pasukan olimpik Malaysia kerana telah mencuba yang terbaik untuk mengalahkan Pakistan.

Banyak peluang yang hadir untuk pasukan Malaysia menambah gol hanya terlepas begitu sahaja kerana para penyerang Malaysia gagak menggunakan peluang yang ada untuk menambah gol. Ini ditambah dengan pasukan Pakistan terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas salah satu pemain Pakistan mengasari penjaga gol Malaysia,Khairul Fahmi.

Namun begitu, tahap pemain muda Malaysia ini amat memberangsangkan dan menunjukkan sedikit peningkatan di arena antarabangsa. Didoakan supaya pasukan Malaysia dapat meneruskan cabaran untuk layak ke pusingan akhir Sukan Olimpik yang akan diadakan pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment