Tuesday, February 1, 2011

Krisis Mesir

Baru-baru ini rakyat Mesir secara tiba-tiba bangkit dengan melakukan demonstrasi di bandar-bandar nagara mereka menuntut supaya pemimpin utama negara mereka Hosni Mubarak supaya berundur meletakkan jawatan. Tindakan rakyat Mesir ini tercetus selepas rakyat Tunisia melakukan revolusi di negara mereka dan berjaya menggulingkan pemimpin diktator di negara mereka,Ben Ali. Seperti mendapat suntikan baru,rakyat Mesir mengejutkan dunia dgn melakukan perkara yg sama walaupun cuba dihalang oleh Hosni dgn menggunakan tentera.


Akibat drpd itu,ramai pelajar yg belajar di Mesir terutama di Universiti Al-Azhar masih terperangkap dan mengalami pelbagai kesulitan. Antara kesulitan yg di hadapi ialah kekurangan makanan akibat byk kedai-kedai ditutup dan aktiviti perniagaan yg lain lumpuh.Selain itu, mereka juga tidak dpt mengekses internet kerana telah disekat oleh kerajaan Mesir bagi mengelakkan kebangkitan rakyat dari terus berlaku. Dalam pada itu, ibu bapa pelajar di sini mendesak supaya membawa balik kesemua pelajar Malaysia dari Mesir demi menjaga keselamatan para pelajar. Perkara yg sama juga dilakukan oleh negara lain di dunia seperti Indonesia.

Di Malaysia pula, ada beberapa pihak yg akan melakukan perhimpunan secara aman untuk menyokong perjuangan rakyat Mesir menentang pemimpin diktator pada Jumaat ini selepas solat Jumaat.



Selain itu, penentangan terhadap Hosni Mubarak ini juga menggugat kedudukan Israel jika Hosni dpt digulingkan.Ini kerana, Mesir merupakan pintu masuk utama ke Palestin yg selama ini ditutup oleh rejim Hosni atas desakan Israel. 

Diharapkan rakyat Mesir sentiasa bersabar dan terus melakukan kebangkitan. Inshallah rakyat diseluruh dunia akan menyokong anda.

No comments:

Post a Comment