Wednesday, February 9, 2011

Bola Sepak

Baru sebentar tadi pasukan Malaysia memenangi perlawanan menentang pasukan Hong Kong dengan keputusan  2-0. Dengan kemenangan ini melebarkan lagi kejayaan pasukan Malaysia di persada dunia. Selepas ini pasukan Malaysia akan bertemu India di New Delhi. Harap pasukan Malaysia memperoleh satu lagi kejayaan. Inshallah. Untuk pengetahuan semua, Malaysia kini berada di kedudukan ke-140 dunia. Dengan merujuk angka ini, menampakkan bahawa pasuka negara perlu lebih banyak lagi usaha untuk menjadi pasukan yang digeruni seperti zaman Mokhtar Dahari. Pasukan negara perlu lebih banyak perlawanan persahabatab dengan pasukan luar terutama pasukan yang lebih kuat dan mantap. Dengan cara ini akan dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain negara. Dengan cara ini juga akan dapat memperbaiki corak permainan negara supaya lebih mantap.

Pemain negara juga perlu di beri peluang untuk bermain di liga-liga professional lain di luar negara yang semestinya lebih mencabar. Salah seorang pemain negara, Safee Sali telah pun mengorak langkah pertama dengan menyertai pasukan dari Indonesia iaitu Pelita Jaya FC. Walaupun kelab ini bukanlah pasukan yang kuat, tetapi ini akan dapat memberikan sedikit pendedahan dan pengalaman baru kepada Safee Sali dalam usaha untuk menjadi pemain yang berjaya.

safee sali
Pelita Jaya FC

Pelita Jaya FC berkedudukan tercorot dalam liga super Indonesia. Namun begitu, dengan kehadiran pemain negara kita dapat membantu pasukan itu untuk mencapai kejayaan.Ini akan membuka lebih banyak peluang pemain negara untuk berhijrah ke sana dan membuktikan pemain negara boleh bermain dengan baik walaupun di mana pun berada. Di harapkan selepas ini pemain negara dapat menarik perhatian kelab yang lebih kuat terutama di Indonesia seperti Persipura, Persib Bandung, Persiwa dan sebagainya. Jika pemain negara berjaya di sana barulah boleh berkira-kira untuk bermain di liga-liga utama lain di dunia.

No comments:

Post a Comment