Sunday, February 20, 2011

PRK Merlimau Dan Kerdau Serentak!!

Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya kecil secara serentak di dua DUN iaitu di Merlimau dan Kerdau. Pilihan Raya akan diadakan pada 6 Mac dan hari penamaan calon pada 26 Februari ini. Kerusi Merlimau dan Kerdau terpaksa diadakan selepas penyandangnya meninggal dunia. 


Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumah kediamannya pada 12 Februari lalu. Manakala di Merlimau, keputusan untuk mengadakan pilihan raya kecil telah diputuskan pada bulan lalu.


Ini merupakan pilihan raya kecil yang ke-15 dan ke-16 selepas pilihan raya umun ke-12 pada 2008. Ini juga pilihan raya kecil pertama di Melaka dan di Pahang. Pada pilihan raya umum lalu, kerusi Kerdau telah dimenangi calon BN dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala calon PAS mendapat 2,520 undi.

No comments:

Post a Comment