Sunday, February 6, 2011

Mesir dan Amerika

Selepas berlakunya pergolakan di Tunisia, kini merebak pula ke Mesir dan negara arab lain seperti Yaman. Jika dilihat, kesemua pergolakkan ini cuba ingin menjatuhkan kerajaan diktaktor dan cuba untuk menegakkan kembali agama Islam. Adakah ini permulaan dan pencetus kepada kebangkitan Islam seperti yang dijanjikan Allah?? Itu semua hanya dalam pengetahuan Allah. Apa yang cuba ditekankan ialah semua yang terjadi ini berlaku di negara-negara Arab yang selama ini tunduk kepada Amerika dan sekutunya, Israel. Keadaan ini cukup menggerunkan Amerika serta sekutunya itu. Kejadian yang tidak disangkakan berlaku secara tiba-tiba apabila rakyat bangkit untuk menuntut hak dan kebebasan mereka. Kebangkitan rakyat di Mesir diketuai oleh  kumpulan Ikhwanul Muslimin. Yang mereka mahukan ialah rejim Hosni Mubarak digulinggkan dengan segera dan dilaksanakan pemerintahan yang lebih adil. 

Sudah sedia maklum, Mesir merupakan sekutu kuat Amerika di Timur Tengah sejak hampir 50 tahun. Selain itu, Mesir juga merupakan pintu utama ke Palestin yang selama ini ditutup bagi menjaga keselamatan Israel. Selain itu, Terusan Suez terletak di Mesir yang menjadi laluan utama minyak dan gas ke seluruh dunia.Oleh itu, Amerika seboleh -bolehnya mahu rejim Hosni Mubarak kekal di tampuk pemerintahan Mesir demi menjaga kepentingan ekonomi mereka. 

Antara sebab rakyat Mesir bangkit menentang kerajaan ialah rejim Hosni Mubarak telah memerintah selama 30 tahun secara kuku besi. Selain itu, Tiadanya ruang untuk bersuara di Mesir serta kadar rasuah yang tinggi dan penyalahgunaan kuasa. Kenaikkan harga barang keperluan harian dan peningkatan kadar pengangguran menjadi salah satu faktor tercetusnya kebangkitan rakyat. Ini juga disebabkan kadar kemiskinan yang tinggi sehingga 70% di mana pendapatan harian hanya $4. Dalam pada itu, kesedaran generasi muda serta penggunaan media baru seperti Facebook dan Twitter yang menggerakkan mereka turun ke jalan raya. 

Bagi Amerika, segala kekejaman Mesir ini bukan manjadi masalah kepada mereka. Bagi mereka, alasan untuk mengekalkan rejim Hosni di Mesir ialah ancaman daripada Ikhwanul Muslimin kerana sekiranya Ikhwanul Muslimin berkuasa, kemungkinan satu kerajaan yang mengikut syariah Islam akan tertubuh di Mesir. Ini akan menggugat kedudukan mereka sebagai kuasa besar dunia. 

Go To H**l Hosni!!



 Ikhwanul Muslimin

No comments:

Post a Comment