Monday, February 7, 2011

Imam Mahdi

Al-Mahdi atau Imam Mahdi semestinya akan muncul untuk mengajak umat Islam bersatu dan bangkit untuk menegakkan syariah Islam di seluruh pelusuk dunia. Kedatangan imam mahdi akan sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Tetapi sebelum itu, persoalan yang mungkin timbul ialah siapakah Imam Mahdi?? Imam Mahdi adalah seorang utusan Allah pada akhir zaman untuk menegakkan kembali syariah Islam di seluruh dunia. Imam Mahdi berasal daripada keturunan Rasulullah S.A.W. Apa yang menariknya, nama sebenar Imam Mahdi serupa dengan nama Rasulullah S.A.W iaitu Muhammad Bin Abdullah. 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Antara ciri-ciri Imam Mahdi telah diterangkan dalam hadis di bawah.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim

Menurut sesetengah ulama, Imam Mahdi akan muncul sebelum munculnya Dajjal. Imam Mahdi akan memimpin umat Islam selama 7,8 atau 9 tahun. Semasa kepimpinan beliau akan memerangi kezaliman dan menggantikannya dengan keadilan sehinggakan satu demi satu kezaliman dapat diatasi. Selain itu, Imam Mahdi akan menegakkan semula sistem khilafah di muka bumi ini seperti yang berlaku di zaman sahabat-sahabat nabi. Ini kemudiannya akan dituruti oleh kemunculan Raja kepada segala kejahatan iaitu Dajjal. Untuk pengetahuan umum, Dajjal mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang hebat dan luar biasa sehinggakan satu persatu umat Islam terpengaruh kepadanya. Kemunculan Dajjal dikatakan ketika berlakunya musim kemarau yang panjang. Dajjal akan mengaku dirinya sebagai Tuhan dengan  membuktikan dakwaannya dengan menghidupkan orang yang telah mati. Oleh itu, ramai yang percaya dan terpengaruh dengan dakwaanya itu. Hanya orang yang beriman terselamat.

Dajjal akan bermaharajalela selama 40 hari. Ini dapat dibahagikan dengan hari yang pertama panjangnya seperti setahun. Hari yang kedua panjangnya seperti sebulan. Hari yang ketiga panjangnya seperti seminggu dan hari seterusnya berjalan seperti biasa. Hanya dua tempat yang tidak boleh dimasuki oleh Dajjal iaitu Mekah dan Madinah kerana dikawal oleh Malaikat. Akibat dari kemarahannya, Dajjal akan menghentakkan kakinya dan berlakulah gempa bumi. Ini akan menyebabkan orang ramai keluar dari dua tempat itu dan diperangkap oleh Dajjal.

Oleh kerana Imam Mahdi bukanlah tandingan Dajjal,seiring dengan takdir dan janji Allah akan turunnya Nabi Isa yang ditugaskan untuk membunuh Dajjal . Nabi Isa dengan bantuan Imam Mahdi dapat membunuh Dajjal serta pengikutnya. Maka tertegaklah agama Islam di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment