Wednesday, February 2, 2011

Banjir

Kali ini aku nk kongsi sikit pendapat aku pasal banjir. Banjir yg berlaku tanpa disangka-sangka di beberapa buah negeri telah menimbulkan kesusahan kpd penduduk di kawasan yg telibat dgn banjir. Banjir yg paling teruk berlaku di negeri Johor di mana telah menenggelamkan sebahagian besar daerah Labis. Secara kebetulan, banjir ini berlaku selepas berlangsungnya PRK DUN Tenang yg dimana telah dimenangi oleh calon BN.Ini merupakan tugas yg pertama yg perlu diselesaikan oleh wakil rakyat yg baru. Ini juga akan menguji samada wakil rakyat yg baru dipilih mampu membantu rakyat atau sebaliknya.

Dalam perkara yg sama, banjir kali ini dikatakan yg paling buruk selepas beberapa tahun dan telah mengorbankan sebanyak 2 nyawa di Johor. Selain itu, kejadian banjir yg berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia juga tidak kurang dasyatnya. Antara negeri yg terlibat dgn banjir ialah Melaka,N 9,Pahang dan Sabah. Ini menyebabkan banyak rakyat menanggung kerugian akibat kerosakkan harta benda. Mereka kini mengharapkan bantuan dari kerajaan untuk membantu meringankan beban yg mereka tanggung.

Selain itu, kerajaan juga seharusnya memikirkan cara untuk mengelakkan kejadian banjir ini terus berlaku. Kerajaan seharusnya mencari cara yg terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan banjir. Jika perkara ini terus dibiarkan, ini akan membawa kerugian yg besar kepada negara dan juga akan mengorbankan lebih byk nyawa lagi.

No comments:

Post a Comment