Wednesday, May 11, 2011

Terima Kasih!!

Terima kasih aku ucapkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang kerana telah memakbulkan doa aku. Hari ini aku bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya aku telah lulus ujian JPJ yang aku rasakan ujian yang paling aku tak suka dalam dunia ini. 

Jujurnya, pada kali pertama aku ambil ujian JPJ aku telah digagalkan oleh pegawai JPJ. Bengang bercampur geram aku pada pegawai JPJ tu. Namun, apa-apa hal pun sekarang aku dah lulus. Kali ini dengan pegawai JPJ yang aku dapat tadi memang betul-betul baik dan sporting. Bertuah rasa aku hari ini. Aku doakan supaya rezeki dia dimurahkan Allah. 



Sebelum aku mengakhiri penulisan kali ini, aku nak nasihatkan kepada sesiapa yang terpaksa mengulang ujian JPJ atau baru nak ambil ujian JPJ, yang perlu ada ialah kenyakinan dan semangat. Buang segala rasa gugup anda.Kalau tak, jadilah macam aku, ambil ujian JPJ dua kali. Ingat. bawa seperti biasa yang anda bawa. Dia pun manusia juga. Anggaplah dia sebagai penumpang yang menumpang di kereta anda.

Tenangkan fikiran dengan bermain game Kung Fu Panda 2 ini!! Cuma tekan link berikut Kung Fu Panda. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment