Sesak dan sungguh sesak!! Itulah yang aku dapat ungkapkan apabila polis mengadakan sekatan jalan atau biasa dipanggil Road Block. Hampir satu jam aku terperangkap dalam kesesakan hanya kerana polis buat road block. Jalan tu sudah le berhampiran dengan bandar yang sudah semestinya sesak, ditambah lagi dengan sekatan jalan raya, bertambah berkali ganda sesaknya.
Aku pelik bercampur marah kenapa masa orang balik dari kerja, masa itulah nak buat road block. Rupa-rupanya aku mendapat berita bahawa orang yang paling ditakuti oleh pemimpin negara iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim datang ke Melaka untuk berceramah. Patutlah road block bagai nak rak. ingatkan ada perkara jenayah berlaku. Buat pertama kalinya aku berasa selamat keluar ke Melaka. Mat-mat rempit memang tak ada peluang untuk merempit. Terima kasihlah polis. Lepas ini kalau nak buat road block buatlah kat pusat bandar ke, masa orang balik kerja ke, masa orang nak balik kampung masa cuti ke?? kan best. Biar Melaka ni sesak. Aku memang suka sesak ni. Boleh melatih tahap kesanaran aku.
Sebelum aku melalut lagi, aku rasa baiklah aku berhenti sekarang. Aku tulis post ni pun saja nak luahkan kemarahan dan kegeraman aku terperangkap dalam kesesakan disebabkan road block. Bukan satu road block, tapi 3 road block aku kena malam ni. Paling banyak dalam sejarah hidup aku. Nasib baiklah aku dah ade lesen kereta. Kalau tak tak tau nak cakap ape.
No comments:
Post a Comment