Ape yang aku buat sampai makan pun tak sempat?? Aku sebenarnya buat medical check up kat hospital Alor Gajah. Nak masuk Universiti katakan. Lepas pergi Alor Gajah aku turun pulak kat Klinik Masjid Tanah nak buat appointment dengan doktor. Nak mintak pengesahan dan sebagainya. Sampai je kt Klinik Masjid Tanah, orang tu kata dah penuh sampai hujung bulan. Bengang betul!! Last-last aku pergi check gigi je kat Masjid Tanah. Lama-lama aku terpaksa mengalah, aku terus pergi appointment kat klinik swasta. Nak bayar lebih pun sanggup.
Lepas tu aku terus pergi ke Bank Islam nak buka akaun bank. Punya la ramai hari ini nak buka akaun bank. Lebih satu jam aku tunggu baru selesai. Maklumlah, orang lain nak masuk universiti jugak. Bukan aku sorang je. Kesian jugak aku tengok orang yang kerja bank tu. Tak dapat berehat langsung. Tiap masa ada je orang nak berurusan.
Lepas tu aku balik rumah kejap. Lepas makan, sembahyang semua, aku turun balik Masjid Tanah. Nak beli kelengkapan yang lain seperti seluar, stokin, dan lain-lain lagi. Memang letih sampai ke tahap nak gila aku cakap sama korang. Nasib baiklah ada kakak aku yang temankan. Senang sikit nak selesaikan urusan. Oklah, aku pun dah tak ade idea nak tulis ape lagi. Penat tadi pun tak hilang lagi. Tapi apa-apa hal dulu Klik sini dulu sebagai penghilang penat ok?? Tq...
No comments:
Post a Comment