Sunday, May 1, 2011

Osama Bin Laden Terbunuh??

Satu berita yang paling mengejutkan aku sepanjang tahun ini ialah kematian pemimpin rangkaian Al-Qaeda, Osama Bin Laden. Osama dikatakan terbunuh dalam serangan Amerikan Syarikat di Islambad, Pakistan. Kematian ini telah diumumkan dan disahkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di White House. 

Kematian Osama ini dikatakan menjadi kejayaan besar kepada Amerika selepas memburu pemimpin Al-Qaeda itu selama hampir satu dekad. Osama yang menjadi buruan Amerika Syarikat dan juga dikatakan menjadi perancang tragedi 11 September. Kematian Osama ini pastinya 
disambut gembira oleh sekutu Amerika, Israel. 

Takziah diucapkan kepada Osama bin Laden. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Untuk info lanjut klik sini Kematian Osama.

2 comments: