Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu atau bahasa universalnye ialah Happy Mother's Day kepada semua wanita-wanita di seluruh dunia yang bergelar ibu tanpa mengira warna kulit, agama dan bahasa. Semoga mereka sentiasa sihat selalu disamping anak-anak mereeka yang tercinta. 

Tapi yang paling spesialnya ialah aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu aku yang telah banyak berkorban dari segi wang, masa, tenaga dan banyak lagi yang tak mampu aku singkapkan. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu amatlah besar yang sampai bila-bila pun tak mampu aku membalasnya. 

Oleh itu, tugas sebagai seorang anak ialah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya walaupun ibunya sudah meninggal dunia. Ini kerana dengan mendoakan ibunya sahajalah akan mendapat membalas segala jasa ibu mereka.

 Sabda nabi ' "Apabila mati anak Adam, putuslah segala amalannya, kecuali tiga (3) perkara:
sedekah jariah, ilmu yg telah disampaikan dan dimanafaatkan, dan anak soleh yg
mendoakan"

Selain itu, kita wajib menghormati ibu kita dan menggunakan perkataan yang baik ketika bercakap dengan mereka.  Jangan kita sesekali mengeluarkan perkataan " AH!" kepada ibu kita. Jangan sesekali menengking mereka dan menyakitkan hati mereka. Kita mestilah berusaha mendapatkan redha dari ibu kita. Sesungguhnya redha Allah terletak kepada redha ibu. 

Akhir kata Selamat Menyambut Hari Ibu. Perlu diingatkan bahawa hari ibu bukan hanya disambut sekali setahun. Tapi haruslah pada setiap masa dan detik. 

2 comments: