Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia ini terutama guru-guru di bekas sekolah aku, SKK SMK Ghafar Baba. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sihat selalu untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Aku rasa ucapan ini masih belum terlambat kerana hari guru sepatutnya bukanlah disambut dalam sehari saja.
Tugas guru sememangnya bukan mudah. Sebab itulah tugas guru dipandang mulia dan tinggi oleh masyarakat. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guru. Hanya mereka yang mempunyai sifat tanggungjawab, penyabar dan berdedikasi dalam menjalankan tugas. Sekarang ini, tugas guru lebih mencabar. Ditambah lagi sikap murid-murid yang tidak menghormati guru dan sikap ibu-bapa yang memanjakan anak-anak mereka. Tak boleh dirotan, disentuh langsung oleh guru walaupun sebenarnya memang anak mereka yang bersalah. Sikap percaya 100% kepada anak-anak perlulah dibuang. Ini kerana anak-anak mereka akan menjadi lebih berani untuk menipu dan berbohong kepada ibu-bapa mereka.
Oleh itu, jangan difikir tugas guru itu mudah. Sesungguhnya tugas guru itu adalah penyambung kepada tugas nabi iaitu menyampaikan ilmu kepada orang lain. Tugas guru adalah amat penting untuk melahirkan modal insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara di masa hadapan.
bercita2 nk jd cikgu..=)
ReplyDelete